Skip to main content

Hiburan

“Rasa Tak Sedap Bila Ada Orang ‘Mati’ Untuk Kita” - Bront Palarae Nekad Tak Lagi Terima Tawaran Drama TV

Astro Gempak 429

Sekilas

  • Bront Palarae memutuskan untuk tidak lagi berlakon dalam drama televisyen selepas menyedari ketidakseimbangan struktur bayaran dalam industri tersebut.
  • Walaupun berjaya memperjuangkan kadar bayaran yang setimpal, Bront kecewa apabila mengetahui ada kru yang bekerja keras tetapi menerima gaji lebih rendah daripadanya.
  • Filem terbaru Bront, Tarung: Unforgiven, akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei 2026 dengan barisan pelakon hebat.

Pelakon, Bront Palarae mendedahkan sebab dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berlakon dalam drama televisyen.

Menurut Bront, keputusan itu dibuat selepas melalui satu pengalaman yang membuka matanya mengenai struktur bayaran dalam industri tersebut.

“Bila kerja, tangga gaji adalah salah satu aspek utama. Sebagai pelakon, kita kejar tangga gaji, terutama bila di TV sebab bayaran ikut episod,” katanya.

Bront berkata, dia pernah memperjuangkan kadar bayaran yang dirasakan setimpal bagi satu projek televisyen sehingga berjaya mencapai persetujuan dengan pihak produksi.

“Ada satu projek, antara yang terakhir di TV. Aku ‘fight’ untuk angka yang aku nak dan selepas perbincangan, mereka boleh ‘accommodate’.

“Jadi itu satu kemenangan untuk aku sebagai pelakon,” ujarnya.

Namun, kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila dia menyedari realiti sebenar di set penggambaran.

“Sampai di set, kita akan bina persahabatan di set. Tapi masuk minggu kedua, baru ‘bitter truth’ datang.

“Ada orang yang kerja sepanjang projek itu, gaji mereka lebih kecil daripada bayaran aku untuk satu episod,” katanya.

Menurutnya, situasi tersebut membuatkan kemenangan yang dirasai sebelum itu menjadi hambar.

“Dalam kita rasa itu kemenangan, akhirnya ia tak rasa sedap bila ada orang ‘mati’ untuk kita.

“Sebab itu aku nekad, no more TV,” jelasnya.

Bagaimanapun, Bront menegaskan keputusannya bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak termasuk penerbit atau stesen televisyen.

“Saya bukan nak salahkan ‘producer’ sebab mereka kena jaga margin.

“Bukan juga nak ‘blame’ TV, semua orang ada limitasi masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Bront Palarae, Tarung: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain itu, filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.

Sumber: Pure Pixels Podcast

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement