Ringkasan AI
- Dr. Afifah Hidayah, isteri penyanyi Nubhan, memohon agar konflik rumah tangga mereka diselesaikan secara baik dan damai.
- Afifah menegaskan bahawa cara yang digunakan bukanlah cara yang tepat untuk mengakhiri hubungan mereka, terutama demi anak-anak mereka yang sedang membesar.
- Nubhan didakwa telah menceraikan Afifah selepas 10 tahun berkahwin dan memfailkan pengesahan lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
- Mahkamah menetapkan 2 Disember sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai dan 26 November untuk sebutan kedua persetujuan hasil perbincangan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
- Nubhan juga memfailkan permohonan hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Aafiyah, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille semasa proses perceraian masih berjalan.
Isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah memohon untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka dengan cara yang baik.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Afifah atau Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menyatakan ini bukanlah cara yang tepat untuk mereka akhiri hubungan mereka suami isteri.
“Ini ke cara awak nak sakiti saya? Saya adalah ibu kepada anak-anak awak dan pernah menjadi penyokong paling kuat awak.
“Saya percaya pada awak, sayang sepenuh hati dan saya dah berikan yang terbaik meskipun tak sempurna pada padangan awak. Tapi ini bukan cara sepatutnya kita akhiri segalanya, anak-anak kita sedang membesar. Satu hari nanti mereka akan faham.
“Tolonglah pilih jalan damai dan diam,” tulisnya. 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar segala urusan Afifah dipermudahkan dalam menyelesaikan isu tersebut. 



Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.
Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan Nubhan ke atas Afifah.
Nubhan juga memfailkan hadanah atau hak penjagaan anak tiga zuriat mereka iaitu Aafiyah, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3, ketika permohonan pengesahan perceraian mereka masih dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 5 November 2025.
Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menetapkan tarikh untuk sebutan kedua merekod persetujuan hasil perbincangan plaintif dan defendan adalah pada 26 November depan.