Sekilas
- Penyanyi Korea Baek Z Young berkongsi momen lucu apabila anak perempuannya terkejut melihat foto wajahnya sebelum pembedahan plastik.
- Perkongsian itu dibuat ketika Baek Z Young muncul sebagai tetamu dalam program YouTube Unhateable Attention-Seeker Sister bersama rakan baiknya, Yuri.
- Anaknya bertanya kenapa wajah Baek Z Young dalam foto lama itu berbeza, yang mengundang gelak ketawa semua di studio.
Penyanyi Korea, Baek Z Young berkongsi momen lucu apabila anak perempuannya terkejut melihat foto wajahnya sebelum menjalani pembedahan plastik.
Z Young menceritakan momen itu ketika muncul sebagai tetamu jemputan bersama rakan baiknya, Yuri dalam saluran YouTube milik selebriti Lee Ji Hye untuk program Unhateable Attention-Seeker Sister yang disiarkan baru-baru ini.
Dalam perbualan santai itu, mereka juga turut mengenang kembali persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Pada masa sama, Z Young berkongsi satu kejadian yang berlaku di rumah apabila anak perempuannya secara tidak sengaja menemui sekeping foto lama miliknya.
Menurut Baek Z Young, apa yang mencuit hati adalah anaknya berasa sedih selepas melihat foto berkenaan dan bertanya “kenapa wajah awak macam ni?”
Sekaligus mengundang tawa semua yang berada di studio.
Sumber: Allkpop