Pereka perkahwinan terkenal tanah air, Reka Teemor tampil berkongsi konsep istimewa di sebalik majlis pernikahan pasangan selebriti popular, amira Othman dan Fattah Amin yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Bertemakan elemen Islamik yang elegan dan sarat simbolik, konsep ini dinamakan ‘Zaus’, yang membawa maksud mendalam iaitu pasangan yang ditakdirkan Ilahi.
Advertisement
“Untuk majlis nikah Fattah dan Amira, kami beri nama konsep ini ‘Zaus’. Dalam Bahasa Inggeris, ia bermaksud ‘My Divine Pair’, iaitu pasangan yang ditakdirkan oleh Allah.
“Nama ini dipilih kerana ia menggambarkan betapa sucinya ikatan ini,” ujarnya menerusi satu video yang tular di TikTok.
Tambah Reka Teemor lagi, majlis akad nikah dilangsungkan di sebuah lokasi eksklusif yang berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbenam memberikan suasana romantik dan tenang yang menyempurnakan momen bersejarah itu.
“Kami mahu menangkap keindahan lokasi dengan elemen pantai dalam kad jemputan. Tapi yang lebih penting, kami ingin mengekalkan ciri-ciri Islamik dalam setiap aspek.
“Saya suka idea tangga tinggi ini kerana ia boleh dijadikan ‘feature area’ untuk bergambar. Di atasnya kami transformasikan menjadi ruang duduk yang dihiasi dengan elemen dekorasi ‘drip’, memberikan suasana santai dan eksklusif.
“Pelamin ini kami reka supaya menampilkan keindahan seni Islam yang ringkas tetapi bermakna. Kami mahu majlis ini bukan sekadar indah di mata, tetapi juga menyentuh jiwa,” jelasnya.
Sebelum ini, Fattah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Amira pada 14 September depan.
Tarikh istimewa itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang bakal genap berusia 35 tahun.
Untuk rekod, Fattah membuat kejutan dengan melamar Amira pada sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.
Sebelum ini, gosip mengenai Fattah bakal menamatkan zaman duda hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang pengguna Threads mendakwa mendapat maklumat tersebut daripada sumber dipercayai.
Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
@seindah.hujan.cin #amiraothman #fattahamin #fyp #foryou #esekeli ♬ PELENGKAP IBADAHKU - Tri Suaka