Skip to main content

Hiburan

Rela Ubah Penampilan Demi Karakter, Mierul Aiman Tak Sabar Perkenal Projek Baharu Kepada Peminat - "Ini Adalah..."

Rela Ubah Penampilan Demi Karakter, Mierul Aiman Tak Sabar Perkenal Projek Baharu Kepada Peminat - "Ini Adalah..."

Sekilas

  • Mierul Aiman berkongsi tentang perubahan penampilan baru yang dibuat khas untuk sebuah projek yang masih dirahsiakan kerana terikat dengan Non-Disclosure Agreement.
  • Penampilan baharu itu hasil daripada proses pembangunan karakter termasuk perbincangan reka bentuk kostum dan ciri-ciri watak bersama pasukan produksi.
  • Mierul menegaskan bahawa tuntutan karakter, skrip, dan naskhah adalah keutamaan dalam kerjayanya sebagai pelakon untuk memberikan lakonan terbaik.
Advertisement

Pelakon, Mierul Aiman berkongsi mengenai perubahan penampilannya dibuat khusus untuk menjayakan sebuah projek.

Bagaimanapun, Mierul atau nama lengkapnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, menyatakan dia tidak boleh mendedahkan secara terperinci mengenai projek tersebut.

Advertisement

“Sebenarnya, ini soft launch lah sebab kita akan push banyak kandungan yang memaparkan my new image. Saya tak naklah sesetengah daripada audience ataupun supporters saya terkejut dengan perubahan ini.

“Dan alhamdulillah, sebenarnya perubahan penampilan saya ini adalah untuk sebuah projek yang saya sangat-sangat tidak sabar untuk mempersembahkan kepada semua penonton dan juga peminat-peminat, penyokong-penyokong.

“Dan saya tak boleh nak berkongsi banyak sebab saya dah sign Non-Disclosure Agreement. Tetapi I promise yang it's kind of different, it's more unique. Dan saya pun honoured lah untuk berubah penampilan ini atas tuntutan karakter dan untuk karier saya juga,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Dalam pada itu, Mierul menjelaskan penampilan baharunya adalah hasil daripada proses pembangunan karakter yang turut melibatkan perbincangan berkaitan reka bentuk kostum dan ciri-ciri watak.

Katanya, setiap elemen diteliti bersama pasukan produksi bagi memastikan penampilan tersebut benar-benar sesuai dengan karakter yang bakal dibawakannya.

“Atas tuntutan karakter. Karakter itu ada proses costume design, character's design, so kita go through meeting dan kita tengok apakah ciri-ciri yang terbaik untuk karakter ini.

“Dan kita sebulat suara untuk memberikan satu look yang macam ini, tetapi yang sekarang ini, ini adalah watak yang melekat dekat diri saya. Tetapi bila dekat dalam set itu banyak lagi kostum yang mencantikkan, memancarkan lagi sisi karakter saya dengan apa yang saya ada ini,” ujarnya.

Sebagai anak seni, Mierul juga menegaskan setiap tuntutan karakter, skrip dan naskhah merupakan perkara utama yang menjadi pegangannya sepanjang bergelar pelakon.

Menurutnya, dia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik bagi memenuhi tuntutan sesebuah karakter dan memastikan watak yang dibawakan dapat diterjemahkan sebaik mungkin.

“Sebagai seorang yang berkerjaya sebagai seorang pelakon, saya percaya karakter itu, skrip itu, naskhah itu adalah tunjang utama dalam kerjaya saya.

“Saya buat yang terbaik, saya penuhi dan cuba penuhi tuntutan sesebuah karakter itu atas dasar memberikan cerminan yang terbaik untuk karakter yang ditulis itu.

“Itu sahaja, dan saya memegang prinsip itu daripada awal saya berdiri dalam tanah air dan industri ini,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement