Skip to main content

Hiburan

Rendah Diri & Berbudi Pekerti Azza Puji Sikap Fazura - “Selalu Rasa Segan Nak Tegur Tapi Kali Ni…”

azza

Penyanyi dan pelakon, Azza berkongsi pengalaman bertemu dengan aktres Fazura yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang sangat merendah diri dan berbudi pekerti tinggi.

Menerusi satu hantaran di platform Thread, Azza mendedahkan dia pada mulanya berasa segan untuk menegur pelakon jelita itu namun tidak melepaskan peluang untuk bergambar ketika berjumpa.

Advertisement

“She told Fatima, ‘Salam Auntie Azza nyamaaa… Auntie Azza ikon tau…’ Masa tu saya terus rasa kecil diri, ya Allah Fazura… Dia sangat merendah diri walaupun siapa dia sekarang.

“Faz cakap, ‘Faz akan ingat siapa yang bersama Faz.’ Weiii sekali lagi saya cakap, tak hairanlah ramai yang sayang Faz,” ujarnya.

fsd

Tambah Azza, dia turut mendoakan agar Fazura terus maju dalam kerjaya dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

“Fly high Faz… Kakza akan sentiasa doakan Faz, Allah sentiasa jaga Faz, Nyamma dan semua di sekeliling Faz,” tulisnya lagi.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut memuji keperibadian Fazura sebagai seorang selebriti terkenal yang tidak pernah lupa daratan.

“Perempuan cantik support perempuan cantik. 

“Faz yang queen pun humble. 

“Yay akhirnya dapat jumpa kan,” komen beberapa netizen. 

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement