Skip to main content

Hiburan

Repost ‘Quote’ Melibatkan Pasangan, Warganet Mula Titip Kata Semangat Buat Syida Melvin

Astro Gempak 380

Sekilas

Sejak berita memfailkan perceraian menjadi perhatian, perkongsian terbaharu pelakon Syida Melvin dalam media sosial mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Syida dilihat memuat naik semula satu quote mengenai wanita yang tidak meninggalkan pasangan kerana wang, sebaliknya disebabkan cara layanan yang diterima.

Selain itu, adik kepada Syatilla Melvin itu turut berkongsi satu lagi status di Threads yang menyentuh soal hubungan dan ketenangan jiwa.

“Girl to girl: May Allah give you a love that feels like peace, not confusion, clarity, not anxiety,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat pelakon itu.

Terdahulu, Syida dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.

Perkara itu disahkan peguamnya, Nurul Jamaliah yang memaklumkan prosiding berkaitan rumah tangga pasangan tersebut kini sedang berjalan di mahkamah.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Syafiq Azim merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid yang dikenali sebagai Iron Lady Malaysia.

Advertisement

fefvdf

Sumber: TikTok Syida Melvin

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement