Sekilas
- Khairul Aming berjaya mencatat jualan sebanyak RM2 juta untuk produk terbaharunya, Sambal Nyet Bilis.
- Beliau berkongsi pencapaian tersebut di Threads dengan memaparkan angka jualan RM2,181,558.73 sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat.
- Jualan produk ini sebelum ini juga pernah mencapai RM2 juta dalam masa kurang dua minit semasa pelancaran di Menara Merdeka Maybank.
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan apabila mencatat jualan sebanyak RM2 juta menerusi penjualan produk terbaharunya iaitu Sambal Nyet Bilis.
Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming berkongsi foto dirinya sambil memegang komputer riba yang memaparkan angka sebanyak RM2,181,558.73.
Malah, anak jati Kelantan ini turut meluahkan rasa syukur selepas jualan tersebut berjaya mencapai angka yang memberangsangkan.
“Alhamdulillah kita capai jualan 2 juta ringgit untuk restock Sambal Bilis tadi
“Terima kasih guys,”kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah buat Khairul Aming.
Sebelum ini, Khairul Aming mencatat jualan RM2 juta dalam masa kurang dua minit bagi produk terbaharunya itu melalui platform TikTok ketika pelancaran produk berkenaan di Menara Merdeka Maybank (sebelum ini dikenali sebagai Merdeka 118).
Sumber: Threads