Skip to main content

Indonesia

Reza Arap Curhat Kekasihnya, Lula Lahfah Meninggal Dunia: “Saya Hancur…”

reza arap

Sekilas

  • Reza Arap, kekasih kepada pempengaruh dan penyanyi muda Lula Lahfah, berkongsi rasa dukanya di media sosial selepas pemergian Lula pada 23 Januari.
  • Reza memohon ruang peribadi untuk dirinya dan menggesa orang ramai memberi tumpuan kepada keluarga serta sahabat Lula, bukannya dirinya.
  • Pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kematian Lula dan hanya menemui beberapa jenis ubat, memandangkan Lula mempunyai masalah kesihatan sebelum ini.
Advertisement

Pemergian pempengaruh dan penyanyi muda, Lula Lahfah pada 23 Januari lalu masih meninggalkan kesan terhadap Reza Arap.

Anggota band Weird Genius itu merupakan kekasih Lula yang ditemui sudah tidak bernyawa di atas katil di kediamannya oleh pengawal keselamatan.

Advertisement

Selepas beberapa hari berduka dan sempat dipanggil polis untuk membantu memberi keterangan mengenai kematian Lula, Reza menggunakan platform media sosial untuk mencurahkan rasa hati. YouTuber itu juga meminta ruang untuk diri sendiri.

“Biarkan saya fokus sama diri sendiri, sampai nanti akan ada saatnya saya memerlukan kalian.

“Bohong kalau saya bilang tidak lemah dan hancur,” cuit Reza di X seperti dilaporkan Kompas.com.

Menurut Reza meski mempunyai banyak kenangan yang dibina bersama Lula sejak lebih setahun lalu, dia tidak mahu tumpuan diberikan kepadanya.

Sebaliknya pelantun lagu Lathi itu meminta agar fokus diberikan kepada sahabat dekat dan keluarga Allahyarham Lula.

Sebelumnya pihak polis mengesahkan tiada sebarang tanda jenayah terjadi dalam kematian Lula yang ditemui sudah meninggal dunia dengan memakai baju putih dan seluar pendek hitam. Pihak berkuasa hanya menemui beberapa jenis ubat sementelah Lula juga diketahui sedang berdepan masalah kesihatan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement