Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan menyanyi secara santai di sebuah restoran di Kuala Lumpur, menarik perhatian ramai.
- Video persembahan busking beliau menyanyikan lagu 'Aku Cinta Padamu' tular di TikTok dan mendapat pujian peminat.
- Penampilan spontan ini membolehkan orang ramai menikmati persembahan live secara percuma tanpa perlu membeli tiket
Kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang secara santai ‘membelanja’ nyanyian ketika berada di sebuah restoran di ibu kota berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik video penyanyi tersohor itu menyanyikan lagu hit Aku Cinta Padamu secara busking ketika berada di restoran tersebut.
“Alhamdulillah, tak pernah terfikir dapat dengar suara @Siti Nurhaliza LIVE malam ni. Terima kasih Datuk Seri sudi hiburkan kami di @SalomaKualaLumpur. Merdunya suara Datuk Seri.
“Terima kasih juga sudi bergambar dengan isteri saya. Datuk Seri memang sporting,” tulis individu berkenaan.
Kemunculan spontan penyanyi itu membuatkan ramai teruja kerana dapat menikmati persembahan live secara percuma tanpa perlu ‘battle’ membeli tiket seperti lazimnya.
“Bestnyaaa… orang lain kena battle tiket beli tiket lagi.. ni free.. santai pulak tu.
“Untungnya dapat tengok depan-depan live. Hebatnya seorang Siti Nurhaliza ni bukan pada kekayaan atau gelaran tertinggi, tetapi pada sopan santun dan keperibadian yang sangat humble dengan semua orang,” komen beberapa peminat.