Skip to main content

Hiburan

“Rezeki Tidak Diukur Pada Jumlah Bayaran Atau Wang Sebaliknya…” - Ropie

Ropie

Sekilas

  • Pelawak Ropie menjelaskan bahawa rezeki tidak diukur melalui jumlah wang, tetapi melalui keberkatan dan ketenangan hati.
  • Ropie menasihatkan agar kita lebih bersyukur dengan apa yang ada dan tidak mempersoalkan apa yang tiada.
  • Beliau mengingatkan bahawa kehidupan adalah perjalanan untuk belajar, memperbaiki diri, dan menghargai setiap nikmat walaupun kecil.
Advertisement

Kecoh di laman sosial mengenai isu pembahagian duit bayaran dalam kumpulan sejak minggu lalu dan pelawak Ropie turut menjadi sasaran netizen. 

 

Advertisement

Ropie menerusi TikTok membalas komen netizen menegaskan rezeki seseorang tidak diukur pada jumlah bayaran atau wang sebaliknya ia dinilai melalui keberkatan dan rasa ketenangan hati. 

 

“Rezeki tidak diukur pada jumlah bayaran atau wang semata-mata, sebaliknya dinilai melalui keberkatan, rasa cukup dan ketenangan hati. Setiap rezeki dan ujian yang Allah berikan itu berbeza-beza. 

Advertisement

 

“Daripada mempersoalkan apa yang kita tiada, lebih baik kita mensyukuri apa yang Allah telah berikan pada kita kerana itulah yang tertulis dan terbaik buat kita,” katanya. 

 

Pada hantaran yang sama, Ropie juga menitipkan pesanan agar sentiasa mensyukuri dan menghargai setiap nikmat yang ada. 

 

“Berlajarlah bersyukur untuk menerima, menghargai, dan memanfaatkan setiap nikmat yang ada walaupun ia sekecil apa pun. 

 

“Kehidupan ini bukan perlumbaan untuk jadi yang paling cepat atau paling hebat, tetapi satu perjalanan untuk kita belajar, memperbaiki diri, dan memberi makna pada setiap langkah.

 

“Ada masa kita jatuh dan ada masa kita hilang arah, tetapi selama hati masih berharap dan berusaha, hidup ini tetap punya harapan yang indah. Amin Insya-Allah,” katanya. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement