Skip to main content

Festival

Rhoma Irama Jadi Imam & Khatib, Ribuan Peminat Solat Jumaat Di Pestapora

Rhoma Irama jadi imam di Pesta Pora

Penganjuran festival muzik Pestapora tahun ini berdepan banyak dugaan. Di sebalik akhirnya terlaksana dalam keadaan Indonesia yang tidak stabil kerana demonstari besar-besaran dan menerima tajaan daripada PT Freeport Indonesia yang membuatkan banyak kugiran membatalkan penampilan mereka, masih ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.

Ia adalah tentang kelibat penyanyi dangdut legenda, Rhoma Irama yang menjadi imam dan khatib solat Jumaat bersama ribuan penonton yang hadir.

Advertisement

Pemilik lagu Bahtera Cinta itu dilihat mengambil posisi sebagai imam sebaik solat Jumaat mahu berlangsung di tapak Pestapora yang berlangsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta Pusat. 

Azan pula dikumandangkan oleh vokalis Sisitipsi sebelum Rhoma mengimamkan peminat yang ikut menjalankan solat Jumaat di sebuah kawasan yang telah disediakan penganjur.

Usai solat, khutbah yang disampaikan oleh legendaris berusia 78 tahun telah menarik perhatian. Rhoma Irama antaranya memanjatkan doa bagi para pemimpin negeri.

“Kami mendoakan pemimpin-pemimpin kami eksekutif, legislatif, yudikatif, agar mereka benar-benar menjalankan tugasnya dengan penuh amanah sesuai pancasila dan UUD 45,” kata Rhoma.

“Amin” ujar para jemaah, seperti dilaporkan Kompas.

Menerusi foto yang tular di media sosial juga, ramai peminat mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Rhoma Irama selepas solat.

Diketahui Rhoma Irama muncul mendendangkan lagu popular Maliq & D’essentials, Kita Bikin Romantis yang juga membuat peminat teruja.

Must-Watch Video