Skip to main content

Selebriti

Ridzokumura Tersentuh Sikap Sederhana Anak, Enggan Beli Baru Walaupun Kasut Koyak - “Tak Nak Daddy, Membazir Duit, Boleh Repair Kita Repair”

Sky tak kisah kasut koyak

Sekilas

  • Ridzuan Ridzokumura terharu apabila anaknya, Sky Taizo Okumura, memilih untuk membaiki kasut koyak daripada meminta yang baru.
  • Sky menunjukkan sikap menghargai nilai kesederhanaan dan wang ringgit walaupun masih kecil, yang membuatkan Ridzuan sangat tersentuh.
  • Perkongsian Ridzuan mendapat pujian netizen atas didikan dan nilai murni yang ditanamkan kepada anaknya.

Usahawan dan selebriti media sosial, Ridzuan Ridzokumura akui hatinya tersentuh dengan sikap anaknya, Sky Taizo Okumura yang lebih mementingkan keperluan orang lain berbanding dirinya.

Menurut Ridzuan, sebagai seorang bapa, dia berniat untuk membeli kasut baharu selepas menyedari kasut lama anaknya itu terkoyak.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila niatnya itu telah ditolak oleh Sky yang memilih untuk membaikinya sahaja.

“Masa saya nak hantar Sky ke sekolah, saya perasan kasut Sky dah koyak. Saya cakap, tak apa Sky, nanti daddy beli yang baru.

“Tapi Sky geleng kepala. Tak nak Daddy. Jangan beli. Membazir duit. Boleh repair, kita repair. Hati Daddy terus terguris. Terharu yang sangat dalam,” kongsinya menerusi Instagram.

Ridzuan juga mengakui saat itu hatinya terasa sangat sebak dan terharu, bukan kerana tidak mampu menyediakan keperluan untuk anaknya, tetapi kerana keikhlasan seorang anak kecil menghargai nilai kesederhanaan hidup dan wang ringgit.

“Dulu masa daddy kecil, daddy selalu teringin kasut baru. Tapi Sky... Sky lain. Dia tak kisah pakai kasut koyak, asalkan masih boleh digunakan.

“Beg sekolah koyak pun dulu, Sky tak minta yang baru. ‘Tak apa daddy, repair je’. Anak sekecil ini, tapi hatinya besar.

“Dia faham nilai duit, faham erti cukup, faham erti bersyukur. Saya sedih, bukan sebab saya tak mampu belikan.

“Saya sedih sebab anak saya terlalu baik. Terlalu memahami. Ya Allah, terima kasih pinjamkan saya seorang anak sebaik Sky.

“Semoga hati yang ikhlas ini sentiasa Kau jaga. Anak yang sederhana keinginannya, tapi kaya dengan akhlak,” jelasnya.

Perkongsian tersebut ternyata mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-rata tersentuh dan memuji Ridzuan dalam mendidik anaknya.
 

Must-Watch Video

Advertisement