Skip to main content

Selebriti

Riena Diana Dedah Perangai Sebenar Azira Shafinaz, Sangat Baik & Rendah Diri - “Masa Tu Saya Jadi Talent Sahaja, Watak Sangat Kecil…”

Riena Diana

Sekilas

  • Riena Diana berkongsi pengalaman manis pertama kali berlakon bersama Azira Shafinaz yang sangat baik dan merendah diri walaupun Riena ketika itu masih bakat baharu.
  • Azira tidak pernah membuat Riena rasa terpinggir di set penggambaran dan sering berkongsi pengalaman dengannya.
  • Walaupun hubungan mereka tidak rapat, Riena tetap menyimpan rasa sayang dan hormat terhadap Azira sehingga kini.

Pelakon, Riena Diana mendedahkan sisi peribadi rakan seindustri iaitu Azira Shafinaz yang disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan merendah diri sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Riena berkongsi pengalaman manis ketika pertama kali bergandingan bersama Azira dalam sebuah drama, di mana ketika itu dia hanya memegang watak kecil sebagai bakat baharu.

Menurut Riena, meskipun statusnya ketika itu masih baharu namun Azira tidak pernah sekalipun membuatkan dirinya berasa terpinggir di set penggambaran.

“Sangat baik. My first ever drama dapat berlakon dengan Azira Shafinaz, masa tu Riena jadi talent je. Watak sangat kecik masa tu.

“Tapi imagine lah hari-hari lepak dengan dia dekat depan rumah shooting tu, die selalu share pasal pengalaman dia.

“Tak pernah buat saya rasa kecil ketika itu, sampailah sekarang dia masih sweet dan baik sangat,” kongsinya.

Tambah Riena, walaupun hubungan mereka tidak terlalu rapat, namun dia tetap menyimpan rasa sayang dan hormat terhadap Azira sehingga ke hari ini.

“Tidaklah rapat mana dengan dia tapi sayang dia so much till today dari jauh,” coretnya.

Untuk info, Riena berkata demikian sebagai respon kepada hantaran seorang individu bertanya dengan perasaan ingin tahu mengenai sisi peribadi Azira Shafinaz.

“Artis artis yang berkawan dengan Azira Shafinaz, nak tanya Azira baik & sweet tak? I wanna know so bad,” tulis individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Must-Watch Video

Advertisement