Skip to main content

Hiburan

Riezman Khuzaimi Bersederhana Sambut Aidilfitri, Kongsi Rutin Pada Malam Raya - “Saya Tukang Masak Dalam Keluarga”

Riezman Khuzaimi

Sekilas

  • Riezman Khuzaimi menyambut Aidilfitri secara sederhana bersama keluarga di Shah Alam dan Wangsa Maju.
  • Dia bertanggungjawab memasak hidangan tradisional seperti ketupat dan rendang pada malam raya, serta sering berkongsi resipi di TikTok.
  • Riezman akan muncul dalam filem terbaru berjudul Malaikat Malam yang akan ditayangkan pada 26 Mac ini.

Pelakon, Riezman Khuzaimi memaklumkan suasana Aidilfitri yang disambutnya tiada banyak perbezaan memandangkan dia hanya meraikan sambutan tersebut secara sederhana.

Menurut Riezman, dia juga sudah lama tidak beraya di kampung memandangkan kebanyakan ahli keluarganya kini menetap di sekitar Lembah Klang.

“Saya raya macam biasa saja. Raya pertama di Shah Alam dengan isteri dan anak-anak.

“Selepas itu pergi rumah ayah dekat Wangsa Maju, jumpa adik-beradik. Tengah hari biasanya abang balik semula ke Shah Alam untuk bersama anak-anak pula,” katanya kepada Gempak.

Sungguhpun begitu, Riezman memaklumkan sambutan hari raya tetap disambut dengan meriah walau dalam keadaan bersederhana ditambah pula dia akan mengambil tugas memasak di malam raya.

“Kalau nak cakap soal rutin atau persiapan, sebenarnya malam raya yang meriah sebab saya tukang masak dalam keluarga.

“Selalunya saya yang akan ditugaskan untuk rebus ketupat, masak rendang dan sediakan nasi seperti nasi minyak tapi bergantung kepada permintaan keluarga.

“Tahun ini saya masih tengah fikir lagi nak masak apa, mungkin nasi dagang,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, pelakon filem Malaikat Malam itu memaklumkan dia sememangnya minat memasak dan sering berkongsi resipi masakan di media sosial.

“Memang hampir setiap hari saya masak dan kongsi resipi di TikTok. Ramai yang tunggu resipi-resipi yang saya buat,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Riezman bakal tampil menerusi filem yang bakal ditayangkan pada 26 Mac ini yang bertajuk Malaikat Malam.

Selain Riezman, filem yang mendapat sentuhan pengarah muda Nazifdin Nasrudin ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Que Haidar, Tracie Sinidol, Amir Nafis dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement