Skip to main content

Hiburan

Rindu Terubat! Netizen Syukur Zizi Kirana Kembali - “Lega Sikit Baca Posting…”

astrogempak_zizi.jpg

Penyanyi dan aktivis kemanusian, Zizi Kirana menyorot perhatian netizen selepas membuat hantaran di platform Threads. 

Hantaran tersebut merupakan perkongsian pertama Zizi selepas ditahan oleh rejim Zionis baru-baru ini. 

“Assalamualaikum, hi semua. Korang apa khabar? Sihat-sihat selalu ya,” tulis Zizi ringkas. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan menanti kepulangan penyanyi kelahiran Sabah itu. 

“Wslam…Zizi sihat tak? Ktorg ok..lega sikit baca posting ni. 

“Waalaikumsalam sihat alhamdulillah.. masyaAllah zizi.. so glad u were fine..🥹 terima kasih menjadi inspirasi pd kami💕

“Kak ziziiii rindunya 😭🫶🏻 sepatutnya kami tanya kak zizi, kak zizi sihat ke tu? okay tak

“Kak ziziiiiiiiiii finallyyyyyyyy. Welcome back. Syukurr

“Kalau lepas ni orang tanya saya siapa antara orang orang paling berani yang saya tahu saya akan mention nama akak and semua yang join GSF.

“Wasalam welcome back zizi!alhamdulilah semoga yang baik2 utk Zizi selalu..aamin,” tulis netizen. 

Misi Global Sumud Flotilla disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara, termasuk 23 rakyat Malaysia, yang belayar menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan dan simbol solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi.

Kesemua aktivis Malaysia kini selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan hasil usaha diplomatik Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement