Skip to main content

Hiburan

Risteena Sibuk Berniaga, Tepis Dakwaan Perkahwinan Sedang Bergolak - “Saya & Suami Orang Yang Matang, Segala Posting Tak Ada Kena Mengena Dengan Masalah Rumah Tangga”

Risteena

Sekilas

  • Risteena Munim menafikan dakwaan rumah tangganya dengan suami, Isa Khan, sedang bermasalah dan menjelaskan segala perkongsian suaminya di media sosial tidak berkaitan dengan isu rumah tangga.
  • Mereka kini sibuk menguruskan perniagaan bersama dan Isa hanya berkongsi lirik lagu serta konten TikTok, bukan petanda masalah peribadi.
  • Risteena meminta orang ramai hentikan spekulasi tidak benar dan menegaskan isu cerai bukan perkara main-main.

Pelakon, Risteena Munim menepis dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan rumah tangganya bersama suami, Isa Khan sedang bergolak.

Menerusi hantaran di Instastory, Risteena memaklumkan segala perkongsian yang dibuat suaminya di media sosial sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga.

Tambah pelakon filem Hantu Wangan itu, dia kini sedang sibuk menguruskan hal perniagaan bersama Isa.

“Saya dan suami adalah orang yang matang. Kami tak pernah berkongsi tentang masalah rumah tangga di media sosial dan tidak akan pernah sampai bila-bila pun.

“Segala posting di media sosial tidak ada kena mengena dengan masalah rumah tangga.

“Kami sedang sibuk uruskan bisnes jadi tak perlu nak tanya lagi,” kongsinya.

Perjelasnya lagi, hantaran yang dimuat naik Isa hanyalah konten semata-mata.

“Saya dah tanya suami saya, ayat itu hanya lirik lagu dan quotes konten di TikTok,” katanya.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini juga meminta orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi yang tidak betul mengenai rumah tangganya bersama Isa.

“Cerai bukan ayat main-main jadi, jangan sesuka hati tulis atau sebut sekiranya tak berlaku perceraian dan pergolakan.

“Saya rasa tak penting untuk saya jelaskan kepada sesiapa pun. Elakkan fitnah dan cakap yang baik-baik saja,” ujarnya.

Terdahulu, Isa menyorot perhatian ramai apabila memuat naik video dirinya yang sedang berjalan berkeseorangan sambil menulis kapsyen yang memberi bayangan seakan dirinya sudah kembali solo.

Warganet kemudiannya menimbulkan lagi spekulasi selepas mendapati tiada lagi gambar mereka bersama di Instagram (IG).

Untuk rekod, Isa dan Risteena sah menjadi suami isteri pada 12 Mac 2021 yang lalu.

Sumber: IGs Risteena

Must-Watch Video

Advertisement