Skip to main content

Selebriti

Rita Rudaini Pesan, Bahaya Didikan Berasaskan Herdikan - “Anak-Anak Tak Perlu Orang Dewasa Yang Sentiasa Betul, Mereka Perlukan…”

Rita Rudaini didikan anak

Sekilas

  • Rita Rudaini berkongsi pandangan bahawa remaja kini lebih mudah menerima nasihat jika disampaikan dengan hormat, bukan dengan ego atau penghinaan.
  • Beliau menegaskan ketegasan penting dalam mendidik, tetapi perlu diseimbangkan dengan sikap menghormati perasaan remaja.
  • Rita memberi respon terhadap pelantikan warden bekas tentera di 58 MRSM mulai 2027, menekankan pentingnya pendekatan yang membimbing dan mendengar remaja.
Advertisement

Pelakon, Rita Rudaini tampil berkongsi pandangannya mengenai pendekatan mendidik remaja pada masa kini yang disifatkan berbeza berbanding generasi terdahulu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Rita berkata golongan remaja pada masa kini bukan tidak boleh menerima teguran sebaliknya mereka lebih mudah menerima nasihat sekiranya disampaikan dengan penuh hormat.

Advertisement

Menurut Rita, ketegasan sememangnya penting dalam proses mendidik anak-anak namun perlu diseimbangkan dengan sikap menghormati perasaan mereka.

“Remaja hari ini bukan tak boleh ditegur. Mereka cuma tak lagi menerima teguran yang datang bersama ego, herdikan dan penghinaan.

“Tegas itu perlu, tetapi hormat tetap perlu ada. Mendidik remaja hari ini bukan tentang siapa paling garang atau paling tegas.

“Anak-anak tidak perlukan orang dewasa yang sentiasa betul. Mereka perlukan orang dewasa yang boleh membimbing, mendengar dan menunjukkan contoh yang betul,” tegasnya.

Dalam pada itu, Rita menjelaskan ramai remaja sukar untuk membezakan antara ketegasan dan kekerasan sehingga menyebabkan mereka merasakan diri tidak disayangi apabila sering dimarahi atau dilayan secara kasar.

“Ramai remaja hari ini akan melawan bila dipaksa, tetapi akan mendengar bila mereka rasa dihormati.

“Budak-budak sekarang ni tak reti beza sangat, yang keras dan tegas, mereka ingat tak sayang. Mereka akan benci dan berdendam,” jelasnya.

Untuk info, Rita berkata demikian sebagai respon kepada perkongsian seorang netizen mengenai perlaksanaan warden sepenuh masa dari kalangan bekas tentera yang akan ditempatkan di 58 buah MRSM tahun depan.

“Warden Bekas Tentera Di Semua 58 MRSM. MARA akan memulakan perlaksanaan melantik Warden-Warden Sepenuh Masa dari kalangan bekas Tentera di semua 58 MRSM bermula 1 Januari 2027.

“Sebagai permulaan 10 MRSM akan mulakan inisiatif ini bermula 1 Julai depan setelah proses pemilihan dan penyaringan dilakukan sepanjang bulan Jun ini,” kongsi individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement