Sekilas
- Pelakon Rita Rudaini berjaya menunaikan janji membawa dua anaknya melawat Stadium Emirates milik Arsenal FC.
- Rita berkongsi momen bermakna itu di Threads dengan rasa sebak dan gembira melihat anak-anaknya menikmati lawatan tersebut.
- Rita mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan, iaitu Rayyan dan Arjuna.
Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa sebak selepas berjaya menunaikan janji untuk membawa dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna melawat Stadium Emirate milik kelab gergasi England, Arsenal FC.
Menerusi Threads, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar memaklumkan momen itu sangat bermakna selepas sekian lama berjanji untuk membawa dua anaknya itu ke sana.
Akhirnya, mommy dapat tunaikan janji pada anak-anak untuk stadium tour.
“Dah lama diaorang teringin. Mommy cakap jadi anak-anak yang baik, insya-Allah, Allah bantu permudahkan setiap keinginan kamu.
Ritat turu memuat naik video memaparkan dua anaknya itu sepanjang berada di kawasan stadium.
“Sekarang kita di sini. Please, enjoy the moment. Mommy is sebak,” kongsinya.
Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 namun sah bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Rayyan, 17, dan Arjuna yang kini berusia 15 tahun.
Sumber: Threads