Skip to main content

Selebriti

Rocketfuel Entertainment Mendominasi Muzik Raya, Tampil Dengan Senarai Perlancaran Single & Naskhah Terbaharu Artis Di Bawah Naungan

Hael Nadeera

Sekilas

  • Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri dengan kempen 'Macam Macam Raya' yang mencatat lebih 13 juta penstriman digital bagi tujuh lagu Raya terbitan mereka.
  • Rocketfuel memperluaskan portfolio artis dan melancarkan muzik baharu termasuk single daripada Qal G, Awienit, dan kolaborasi Hael Husaini.
  • Selain muzik, Rocketfuel aktif dalam lakonan dan kandungan digital dengan pelbagai projek filem dan siri, serta mendapat sokongan jenama besar seperti KFC dan U Mobile.

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa ‘Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment’ yang menghimpunkan pelbagai pencapaian membanggakan serta pengumuman eksklusif melibatkan barisan artis di bawah naungan mereka.

Kempen Raya tahun ini menyaksikan kejayaan luar jangkaan apabila tujuh lagu Raya terbitan Rocketfuel berjaya mencatatkan lebih 13 juta penstriman digital secara keseluruhan.

Kejayaan itu sekaligus mengukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai antara peneraju kandungan hiburan tempatan yang relevan dan dekat dengan citarasa semasa.

Antara lagu-lagu tersebut termasuk Rindu Raya (ALPHA), Kampung Kita (Wani Kayrie), Raya Macam Raya (Hael Husaini x ALPHA), Duit Raya (Sharul Kamal & Mierul Aiman), Senyum Gugur Di Penghujung Doa (Dayang Nurfaizah), Restu Raya (Nadeera), dan Lagu Raya Untukmu (Hael Husaini).


Menurut Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand, ‘Macam Macam Raya’ mencerminkan kekuatan jenama Rocketfuel.

Rocketfuel begitu bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kandungan yang dekat dengan rakyat. Kami berbangga melihat penerimaan luar biasa terhadap karya artis kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee berkata pihaknya juga turut memperluaskan portfolio artis di bawah naugannya.

“Tahun ini adalah antara yang paling signifikan buat kami. Kami bukan sahaja melancarkan pelbagai karya baharu, tetapi juga memperluaskan portfolio artis merentasi pelbagai platform,” katanya.


Barisan Pelancaran Muzik Baharu

Meneruskan momentum ini, Rocketfuel Entertainment tampil dengan pelbagai pelancaran muzik baharu sepanjang tahun.

Bintang meningkat naik, Qal G yang merupakan finalis program Big Stage Alpha tampil dengan single terbaharu Seharusnya Aku’ iaitu kesinambungan kepada debut single pertamanya iaitu Sepi’.

Selain Qal G, Awienit turut melakar langkah pertama dalam industri apabila bakal melancarkan single sulungnya di bawah Rocketfuel Entertainment tidak lama lagi.

Di peringkat antarabangsa, duo vokal lelaki dari Korea Selatan, HoonDoo telah melancarkan lagu baharu berjudul Jejak Yang Tertinggal sebagai runut bunyi (OST) untuk drama bersiri ‘Dendam Seorang Mentua’ yang dilancarkan pada 15 April 2026.

‘Dendam Seorang Mentua’ yang menampilkan lagu Jejak Yang Tertinggal nyanyian Hoondoo bakal menemui penonton bermula 4 Mei 2026, Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima.

Dendam Seorang Mentua menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Yusry A. Halim dan Tracie Sinidol.

 

Dalam perkembangan lain, penyanyi Wani Kayrie kini sedang giat membuat persiapan menuju ke pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-40 (SFMM40) menerusi lagu viralnya Cak Cak Cekuk yang telah meraih lebih 12 juta tontonan di YouTube dan 2.9 juta penstriman di Spotify.

Sementara itu, penyanyi Nadeera juga bakal melancarkan single terbaharunya Cuba Jadi Aku pada Jun 2026, manakala Hael Husaini pula bakal berkolaborasi dengan seseorang dalam tahun ini.


 

Perkembangan Bakat Di Layar Perak & Platform DigItal

Selain muzik, Rocketfuel Entertainment turut memperkukuhkan kehadiran dalam dunia lakonan dan kandungan digital.

Pelakon dan penyanyi Mierul Aiman bakal muncul dalam filem ‘Tarung’ bersama Zul Ariffin, manakala pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris akan membintangi filem ‘Kata Hati’.

Finalis Dewi Remaja 2023, Qistina Rania pula bakal tampil dalam filem ‘Darah Gagap’, sementara Bella Dowanna akan muncul dalam siri ‘Ate Kome’ di platform Viu.

Dalam perkembangan lain, Evertts Gomes dan Hawa Rizwana akan bergandingan dalam siri romantik “PL I Love You”.

Pelakon baharu, Arabella Ellen pula bakal membintangi drama ‘Wishlist’ arahan Michael Ang yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria.

Selain itu, Arabella bersama beberapa pelakon di bawah naugan Rocketfuel Entertainment turut aktif membintangi beberapa drama mico series di platform Sooka.

Rocketfuel turut memperkenalkan atlet bola sepak wanita negara, Qaseh Rania sebagai wajah baharu di bawah naungan mereka, mencerminkan komitmen syarikat dalam mengetengahkan bakat daripada pelbagai latar belakang.


Sokongan Jenama Besar

Kejayaan kempen dan kandungan Rocketfuel turut menarik perhatian pelbagai jenama besar seperti jenama minuman Vida, KFC, Shell, Bath & Bodyworks, Lepas Malaysia dan U Mobile, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa akan datang.

 

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement