Skip to main content

Hiburan

“Rugi Tahun-Tahun Sebelum Ini Tak...” - Zizan Razak Teruja Rasai Suasana Patriotik Sambutan Hari Kebangsaan

“Rugi Tahun-Tahun Sebelum Ini Tak...” -  Zizan Razak Teruja Rasai Suasana Patriotik Sambutan Hari Kebangsaan

Sekilas

  • Zizan Razak berkongsi pengalaman pertama sertai sambutan Hari Kebangsaan yang sangat meriah dan penuh vibe patriotik positif.
  • Dia terharu dengan sokongan rakyat Malaysia terhadap industri seni tempatan, khususnya filem Terbang yang membawa genre rali.
  • Zizan komited menghidupkan watak Imran dalam Terbang dengan imej mekanik demi menjadikan watak itu ikonik dan dekat dengan peminat.
Advertisement

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui pengalaman menyertai sambutan Hari Kebangsaan buat pertama kali memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya.

Menurut Zizan, dia tidak menyangka suasana perarakan yang selama ini hanya ditontonnya menerusi kaca televisyen ternyata jauh lebih meriah dan menyeronokkan apabila berada di lokasi.

“Saya sangat-sangat enjoy. Saya tak expect jadi macam tu sekali sebab saya tak pernah pergi ke perarakan itu. Dulu pun saya tengok dekat TV tapi saya tak sangka ia sangat seronok dan saya dapat rasakan vibe patriotik yang sangat positif daripada rakyat Malaysia. 

“Saya boleh nampak kita bersatu padu, dan aman makmur. Saya rasa rugi tahun-tahun sebelum ini saya tak involve dengan hari kemerdekaan, next year kalau orang ajak lagi InsyaAllah saya akan ada,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Zizan turut berkongsi rasa terharu melihat sokongan positif rakyat Malaysia terhadap industri seni dan filem tempatan di sambutan Hari Kebangsaan. 

Advertisement

Katanya, sokongan yang diberikan peminat bukan sekadar kerana mereka meminati seseorang selebriti tersebut, sebaliknya turut menunjukkan kepercayaan terhadap karya yang dihasilkan.

“Mereka sangat positif dan suportive, mereka sayangkan industri kita. Daripada apa yang saya nampak bila kita tukar cara, kita pamerkan kepada mereka jadi mereka sokong filem kita lebih ikhlas. 

“Bukan sahaja mereka minat artis itu malah mereka percaya dengan trailer dan mereka datang untuk bersama-sama kita. Sambutan yang begini kita mahukan sehingga filem itu keluar nanti. 

“Saya bukan nak kata risau tapi terkejut juga sebab filem Terbang ini membawa genre rali tapi mereka tetap ada bersama (sokong) kita. Jadi apa yang saya buat adalah saya cuba melayan fans saya sebaik mungkin dan saya cuba angkat watak Imran itu dengan sebaiknya. 

“Biarpun mereka suruh saya pakai baju cantik tapi saya okay untuk pakai baju pomen itu sebab saya nak naikkan watak itu dan jadikan ia sebagai satu watak ikonik,” ujarnya. 

Bercakap mengenai wataknya sebagai Imran dalam filem Terbang, Zizan berkata dia mahu memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan karakter tersebut dapat dihidupkan sebaik mungkin.

Malah, dia sanggup mengetepikan soal penampilan apabila memilih untuk kekal dengan imej mekanik demi mengangkat watak berkenaan.

Advertisement

“Jadi apa yang saya buat adalah saya cuba melayan fans saya sebaik mungkin dan saya cuba angkat watak Imran itu dengan sebaiknya.

“Biarpun mereka suruh saya pakai baju cantik, tapi saya okay untuk pakai baju pomen itu sebab saya nak naikkan watak itu dan jadikan ia sebagai satu watak ikonik,” tambahnya. 

Selain Zizan, perarakan berkenaan turut disertai pelakon TERBANG, Irfan Zainal dan Jack Tan, pengarah Chiu Keng Guan serta lagenda rali, Karamjit Singh.

Untuk info, TERBANG menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menerusi Kontinjen Kesejahteraan: Kelestarian Ekonomi Jingga.

Bentuk penyertaan TERBANG adalah menerusi kereta berhias (float) filem berkenaan yang ditaja oleh Astro Shaw Sdn. Bhd.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement