Skip to main content

Selebriti

Rupanya Ini Sikap Sebenar Fasha Sandha, Pemurah, Baik Hati & Tak Sombong - “Dulu Aku Meniaga Online & Sambal, Bayangkan Dia Beli…”

Fasha Sandha pemurah

Sekilas

  • Individu berkongsi pengalaman bersama Fasha Sandha yang sangat pemurah dan baik hati terhadap peminatnya.
  • Fasha menaja percutian ke Bali bersama kelab peminat termasuk bayaran spa selama tiga jam.
  • Pelakon itu juga menyokong perniagaan kecil peminat dengan membeli dan mempromosikan produk mereka secara percuma di Instagram.

Seorang individu mendedahkan sifat sebenar pelakon, Fasha Sandha yang dilabelkan sebagai seorang yang pemurah dan baik hati.

Menerusi perkongsian di Threads, individu yang dikenali sebagai Ridzuan Chanduri, Fasha merupakan selebriti paling baik pernah ditemuinya sepanjang bergelar peminat.

Malah, Ridzuan turut berkongsi pengalaman di mana percutian ke Bali bersama Fasha dan kelab peminat ditaja sepenuhnya oleh pelakon tersebut.

“Selebriti paling baik dan best bagi aku adalah Fasha Sandha. Aku cakap ni atas kapasiti pernah jumpa, lepak dan makan bersama time aku Fan Club dia.

“Walaupon dah tak join aku masih support her. Aku pernah pergi Bali dengan Fasha fully sponsored, dia kata bawa duit makan je.

“Tak babe, duit makan pun dia belanja. Pastu lagi best dia sponsor 3 jam spa. Gila ok!” kongsinya.


Dalam hantaran yang sama, Ridzuan turut mendedahkan sikap prihatin Fasha terhadap peminatnya, termasuk menyokong perniagaan kecil yang diusahakan oleh peminat.

“Dulu aku meniaga online food & sambal macam Khairul Aming. Bayangkan dia beli fan punya business, and promote dekat ig dia for free dan barang tu dia beli.

“And mostly PA Fasha sekarang ni adalah asalnya adalah fans biasa, then jadi fans yg rapat, jadi kawan then Fasha panggil jadi PA yang berbayar bukan free yer.

“Siapa yang sokong Fasha Sandha anda sokong selebriti yang betul,” kongsinya.

Terdahulu, Fasha dikenali sebagai antara selebriti yang tidak sombong dan baik dengan peminat.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement