Skip to main content

Hiburan

“Rupanya Nubhan & Kamal Adli Sebaya, Benarlah Orang Cakap Bila Masuk 40 Tahun…” - Netizen

Nubhan

Ringkasan AI

  • Nubhan dan Kamal Adli kini menjadi perhatian ramai berikutan isu rumah tangga mereka.
  • Seorang individu berkongsi pandangan mengenai fasa hidup lelaki yang bakal mencecah usia 40 tahun.
  • Kedua-dua selebriti itu lahir pada tahun 1986 dan akan berusia 40 tahun tahun depan.
  • Individu tersebut menyifatkan umur 40 tahun sebagai titik perubahan dengan ujian hidup yang lebih besar, terutama dalam rumah tangga.
  • Netizen memberikan pelbagai reaksi, ada yang setuju dan ada yang menegaskan setiap orang menghadapi ujian hidup secara berbeza.

Sejak kebelakangan ini, nama dua selebriti iaitu Nubhan dan Kamal Adli menjadi sebutan ramai susulan isu rumah tangga mereka yang menjadi perhatian.

Terbaharu, tular satu komen dikeluarkan seorang individu yang tampil memberikan pendapatnya mengenai isu yang berlaku.

Menerusi hantaran yang dimuat naik semula sebuah portal di Facebook, individu tersebut meninggalkan komen mengenai fasa hidup lelaki yang bakal menginjak ke usia 40 tahun.

“Fakta tak penting. Kamal Adli dan Nubhan sebaya rupa-rupanya. Keduanya lahir tahun 1986 dan tahun depan akan berusia 40 tahun.

“Benarlah orang cakap. Menjelang umur 40 tahun, itu adalah ‘turning point’ di mana ujian hidup menjadi besar. Terutama sekali ujian berumah tangga,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju dengan komen tersebut namun ada juga yang berpendapat bahawa setiap individu itu melalui perjalanan hidup berbeza dan perlu sentiasa bersabar dengan setiap ujian kehidupan.

Sumber: Facebook

Must-Watch Video

Advertisement