Skip to main content

Selebriti

Rykarl Terkejut Nama Dipetik Buli Puteri Balqis, Minta Tunjuk Bukti - “Kita Kalau Boleh Semua Jadi Kawan, Tak Ada Masa Nak Hina-Hina Orang”

Rykarl Aqish

Sekilas

  • Rykarl Iskandar menafikan dakwaan pernah membuli aktres Puteri Balqis ketika mereka masih kanak-kanak dan menjelaskan ia hanya babak dalam drama.
  • Rykarl berkata mereka semua adalah rakan lakonan dan tidak pernah berlaku insiden buli seperti yang didakwa.
  • Rykarl juga meminta bukti daripada netizen yang mendakwanya sebagai pembuli dan tidak faham mengapa perlu minta maaf tanpa sebab jelas.

Pelakon, Rykarl Iskandar akui terkejut apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan pernah membuli aktres Puteri Balqis ketika mereka terlibat dalam penggambaran sewaktu masih kanak-kanak.

Rykal menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu miliknya tampil menjawab pertanyaan netizen mengenai isu tersebut.

Kata Rykarl, semasa kecil, kesemua mereka adalah rakan lakonan dan tidak timbul isu seperti yang didakwa.

Malah kata Rykarl, isu buli yang didakwa itu juga hanyalah babak dalam drama lakonan mereka semata-mata.

“Terkejut tiba-tiba kena petik. Kes buli yang diceritakan itu pun hanyalah dalam drama itu sahaja dan masa kecik-kecik, kita orang ini kalau boleh semua jadi kawan.

“Tak ada masa nak hina-hina orang. Tapi saya percaya Allah itu maha mengetahui. Rykarl tak rasa ada buat salah dengan Aqish pun.

“Jadi tiba-tiba saya yang kena minta maaf? Tak tahu nak minta maaf sebab apa? Apa salah Rykarl sebenarnya,” balasnya.


 

Dalam pada itu, Rykarl juga turut membalas komen netizen yang mendakwanya sebagai pembuli.

“Maaf kalau betul Rykarl pembuli boleh kongsi bukti,” balas Rykarl lagi.

Sebelum ini, Aqish mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli oleh dua rakan artis, Mia Sara dan Rykarl Iskandar ketika mereka terlibat dalam penggambaran bersama sewaktu masih kanak-kanak.

Aqish mendakwa dirinya sering dihina dan dikutuk hanya kerana penampilannya yang dianggap tidak ‘gah’ seperti rakan-rakan lain.

Must-Watch Video

Advertisement