Skip to main content

Hiburan

“Saddiq Dah Suruh Sumpah, Saya Tak Boleh…” - Space Dollah

“Saddiq Dah Suruh Sumpah, Saya Tak Boleh…” - Space Dollah

Sekilas

  • Abang kepada YB Syed Saddiq, Syed Abdullah atau Space Dollah, sangat teruja dengan pengumuman tarikh pernikahan adiknya bersama Bella Astillah pada 10 Oktober depan.
  • Abdullah mengakui gembira melihat perubahan dan kebahagiaan Syed Saddiq serta berharap dapat menyaksikan mereka membina kehidupan bahagia bersama anak-anak Bella.
  • Dia juga berkongsi cabaran menyimpan rahsia tarikh pernikahan tersebut walaupun sering ditanya, dan hanya mampu memberi jawapan ringkas seperti "soon".
Advertisement

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah mengakui sangat teruja selepas adiknya mengumumkan tarikh pernikahan bersama Bella Astillah.

Menurut Abdullah, 37, pengumuman itu membuatkannya rasa seolah-olah tugas sebagai ‘Presiden BASS’ sudah selesai dan kini dia boleh berehat seketika.

Advertisement

“Terkejut itu tak, tapi sangat teruja. Saya rasa saya lebih teruja daripada ramai orang.

“Tapi apa yang menarik, sekarang saya sedar tugas ‘Mr. President’ dah habis. Saya kena ‘take a break’ sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Abdullah mengakui sangat gembira melihat perubahan dan kebahagiaan adiknya sepanjang melalui fasa hubungan tersebut.

“Sejujurnya, saya sangat gembira. Dah lama saya rasa macam adik saya ini adalah abang saya, walaupun saya abang long.

“Saya tak pernah tengok dia gembira macam ini sebelum ini. Akhirnya melihat dia berevolusi sampai ke tahap ini buat saya sangat-sangat gembira,” ujarnya.

Abdullah turut berharap dapat terus menyaksikan Syed Saddiq dan Bella membina kehidupan bahagia bersama termasuk melihat anak-anak Bella, Ara dan Ayden membesar.

“Saya cuma nak melihat mereka gembira. Melihat Ara dan Ayden membesar dan sedar bahawa saya adalah ‘uncle’ yang paling ‘cool’.

“Di sebalik segalanya, saya bangga dengan mereka dan cuma nak tengok mereka terus berkembang maju,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran menyimpan rahsia tarikh pernikahan itu, Abdullah berkata ia merupakan perkara paling sukar terutama apabila ramai sering bertanya mengenai perkembangan pasangan tersebut.

“Paling susah. Dalam media sosial, ini benda paling menarik untuk dikongsikan tetapi tak boleh.

“Saddiq dah suruh sumpah. Tak boleh beritahu. Dia tahu mulut saya macam mana, tapi saya yang paling teruja,” katanya dengan nada seloroh.

Tambahnya, setiap kali ditanya mengenai tarikh pernikahan Syed Saddiq dan Bella, dia hanya mampu memberi jawapan ringkas tanpa mendedahkan perkara sebenar.

“Kalau orang tanya bila tarikhnya, saya cakap ‘soon’, sikit saja lagi.

“Kalau orang yang betul-betul dekat, saya cakap, ‘Bro, kau kena faham, mamat tu dah suruh sumpah bro’. Dah ada NDA,” selorohnya lagi.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella mengumumkan bakal bernikah pada 10 Oktober depan selepas berkongsi berita tersebut menerusi program MeleTOP.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement