Skip to main content

Hiburan

Sah Bercerai Dengan Azlan Komeng, Nilam Ortiz Dedah Lalui Fasa Terendah Ketika Dalam Idah - “Saya Rasa Gagal Dalam Perkahwinan”

Nilam Ortiz

Sekilas

  • Nur Nilam Ortiz mengakui mengalami fasa emosi yang sukar dan meroyan selepas perceraian kedua dengan Azlan Komeng, yang menjejaskan kehidupannya dan perniagaan.
  • Dia kini fokus menjaga bisnes dan anak-anak, serta berasa penat untuk memulakan hubungan baru selepas pengalaman pahit itu.
  • Walaupun trauma, Nilam tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama Azlan jika itu adalah takdir mereka suatu hari nanti.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Nur Nilam Ortiz mengakui dirinya melalui tempoh yang cukup mencabar selepas perceraian kedua bersama bekas suami, Azlan Komeng.

Menurut Nilam, dia berdepan dengan fasa emosi yang tidak stabil sepanjang tempoh idah sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

“Sepanjang tempoh idah sebenarnya saya banyak berdepan dengan situasi meroyan. Meroyan itu sampaikan saya sukar nak berniaga dan buat siaran langsung di media sosial.

“Bukan itu sahaja, saya akan selalu menangis dan bersedih sebab rasakan saya ini seorang yang gagal. Gagal sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang isteri. Itulah yang saya alami ketika itu,” katanya kepada Gempak.

Nilam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media tergempar Nilam Empire bertempat di Hotel Olimpik, Kual Lumpur pada Jumaat.

Ketika ditanya adakah dirinya terbuka untuk menerima mana-mana lelaki selepas perceraian yang berlaku, Nilam memaklumkan pengalaman yang dilalui membuatkan dia berasa penat untuk melalui fasa berkenalan dengan seseorang.

“Bila orang tanya tak nak cari pengganti ke? Sebenarnya saya dah penat nak kenal orang, penat nak hadap situasi di mana kita nak mula berkenalan dengan seseorang.

“Saya dah penat dan ketika ini fokus saya adalah untuk menjaga bisnes dan anak-anak saya,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, ibu kepqda dua orang anak ini lebih memilih untuk menjalani hidup dengan tenang namun dalam masa yang sama tidak menolak jika dijodohkan semula bersama Azlan satu hari nanti.

“Ketika ini, saya rasa adalah lebih baik saya dan Azlan bertenang dahulu kerana perpisahan yang berlaku meninggalkan rasa trauma yang mendalam dalam diri saya.

“Tetapi jika satu hari nanti kami bertemu jodoh semula, kami tak akan menolak sebab itu adalah takdir Allah,” katanya.

Pada Jumaat, Nilam mengesahkan bahawa dia sudah pun bercerai dengan Azlan Komeng namun memilih untuk berkongsi secara terperinci mengenai tarikh mahupun punca sebenar perpisahan itu.

Terdahulu, hantaran media sosial dibuat Nilam mencetuskan kontroversi dan spekulasi apabila memberi bayangan bahawa dirinya akan hidup seorang diri bersama anak.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada September tahun lalu.

Nilam juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu yang kini berusia enam tahun.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Must-Watch Video

Advertisement