Skip to main content

Hiburan

Sah! Fattah Amin, Amira Othman Nikah 14 September Ini

fattah amira

Desas-desus mengenai status hubungan pelakon popular, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila dia dan penyanyi Amira Othman mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September depan.
 

Tarikh istimewa itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang bakal genap berusia 35 tahun.
 

Advertisement

Fattah membuat kejutan dengan melamar Amira dalam sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.

Pada penghujung persembahan tersebut, Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab menjaga kakaknya.

Momen bahagia itu turut disaksikan ibu bapa Amira iaitu Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Arshad, 58, yang berada di tempat duduk penonton.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan mengulas lanjut mengenai majlis berkenaan dan segera beredar selepas acara tamat.
 

Sebelum ini, gosip mengenai Fattah bakal menamatkan zaman duda hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang pengguna Threads mendakwa mendapat maklumat tersebut daripada sumber dipercayai.
 

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Mstar

Must-Watch Video