Skip to main content

Hiburan

Sah! Wan Sabrina Milik Dash Berlin

Sabronzo

Penyanyi, Sabronzo akhirnya mengesahkan bahawa dia sudah bergelar isteri kepada DJ popular antarabangsa, Dash Berlin. 

Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa foto di akaun instagram miliknya pada Isnin. 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai majlis tersebut dikongsikan. 

Walaupun hantaran itu tidak bertulisan dan hanya merupakan emoji berbentuk cincin dan hati, ruangan komen sudah dihujani dengan ucapan tahniah oleh netizen serta rakan artis. 





Terdahulu, tular di media sosial foto perkahwinan seorang wanita menyerupai anggota kumpulan Dolla, iaitu Sabronzo.

Menerusi perkongsian beberapa netizen di laman sosial Threads, foto wanita menyerupai Sabronzo yang mengenakan busana pengantin putih di sebuah majlis perkahwinan ala barat bersama pasangan lelakinya sedang tersenyum manis.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement