Skip to main content

Hiburan

Sahabat Sejati! D.O. Sanggup ‘Travel’ Satu Jam Ke Majlis Kahwin Kim Woo Bin Sebelum Berpatah Balik Untuk Perform Di MMA Award

Kim Woo Bin

Sekilas

  • D.O. dari EXO sanggup berulang-alik lebih satu jam antara majlis Melon Music Awards dan perkahwinan Kim Woo Bin dalam satu malam.
  • Dia hanya sempat meluangkan masa sekitar 15 minit di majlis perkahwinan sebelum kembali ke komitmen bersama EXO.
  • Kim Woo Bin selamat berkahwin dengan Shin Min Ah selepas 10 tahun bercinta dalam majlis tertutup di Seoul.

Persahabatan melibatkan dua selebriti terkenal korea iaitu Kim Woo Bin dan ahli kumpulan EXO iaitu Doh Kyung-Soo (D.O.)  membuatkan ramai peminat tersentuh apabila penyanyi itu dilihat sanggup berkejar dan membahagikan masa demi memenuhi dua komitmen penting dalam satu malam.

Menerusi perkongsian tular di aplikasi X, D.O. dilaporkan telah melakukan perjalanan lebih satu jam dari lokasi red carpet Melon Music Awards (MMA) untuk menghadiri majlis perkahwinan Kim Woo Bin yang berlangsung di Shilla Hotel, Seoul, Korea Selatan.

D.O. kemudiannya difahamkan hanya sempat meluangkan masa kurang lebih 15 minit di majlis tersebut sebelum bergegas semula ke lokasi MMA Award yang terletak kira-kira satu jam lebih dari hotel tersebut bagi melakukan pula komitmennya bersama kumpulan EXO.

Tindakan itu jelas membuktikan bahawa D.O merupakan seorang sahabat sejati dalam masa yang sama begitu profesional dalam hal kerja bersama EXO.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap D.O yang tetap hadir ke majlis perkahwinan Kim Woo Bin meskipun mempunyai jadual yang padat.

Sekadar info, selepas 10 tahun menjalin cinta, Kim Woo Bin selamat mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Shin Min Ah dalam satu majlis tertutup pada Sabtu.

Sumber: Aplikasi X

Must-Watch Video

Advertisement