Sahabat kepada pelakon, Yusuf Bahrin berkongsi keadaan terkini aktor itu selepas menerima berita mengenai kepulangan isterinya iaitu penyanyi Zizi Kirana yang menyertai Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menerusi rakaman pendek yang tular di TikTok, kelihatan sahabatnya sedang berbual bersama Yusuf menerusi panggilan video.
Advertisement
Apa yang menarik perhatian netizen adalah wajah Yusuf kelihatan semakin ceria dan juga matanya tidak lagi sembab seperti sebelum ini.
“Muka ada senyum, alhamdulillah nampak ceria dah. Mata dah tak bengkak,” ujar sahabatnya.
Selain itu, mereka juga turut meluahkan rasa syukur dan menanti kepulangan Zizi yang sebelum ini telah ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menjalankan misi GSF.
Sementara itu, di ruangan komen juga rata-rata netizen turut berada gembira dan tidak sabar untuk menyaksikan pertemuan suami isteri itu.
@thepresidentcore Alhamdulillah..syukur🤲🏻..allah maha baik..Terima kasih allah..Terima kasih malaysian🫶🏻 @Sumud Nusantara Official @Yusuf Bahrin @Zizi Kirana #globalsumudflotilla #freepalestine🇵🇸❤️ #gaza #fyp #viral ♬ Hanya Rindu - Andmesh
Sebelum ini, Yusuf menjadi tular apabila wajahnya kelihatan sugul dengan mata yang bengkak ketika melakukan temu bual bersama sebuah portal selepas mendapat khabar isterinya menjadi tahanan Zionis.
Terdahulu, akaun Instagram Zizi Kembali kembali aktif selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel dan berkongsi swafoto berserta ucapan alhamdulillah.
Selain Zizi, 22 lagi aktivitis kemanusiaan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla dibebaskan daripada tahanan Israel pada Sabtu.
Kesemua mereka dihantar pulang menaiki pesawat komersial dari Israel ke Istanbul, Turkiye bersama aktivitis daripada beberapa negara lain.
Antara aktivis lain yang terlibat ialah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ardell Aryana, Farah Lee dan PU Rahmat.