Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Saintis Namakan Empat Spesies Serangga Baharu Sempena Taylor Swift

Saintis menamakan empat spesies serangga yang baru dikenal pasti sempena bintang popular Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift, dengan haiwan berkenaan tergolong dalam genus baharu yang dinamakan Swiftiephylus, menurut Universiti California, Riverside pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Empat spesies dalam genus baharu Swiftiephylus dinamakan sempena Taylor Swift dan albumnya

Dalam genus itu, pakar mengenal pasti empat spesies yang dinamakan sempena penyanyi berkenaan dan albumnya, iaitu Swiftiephylus taylorae, Swiftiephylus amator, Swiftiephylus intrepidus dan Swiftiephylus poetorum.

Advertisement

Nama berkenaan merupakan versi Latin bagi nama “Taylor” serta album penyanyi itu iaitu “Lover”, “Fearless” dan “Poets”, yang merujuk kepada album “The Tortured Poets Department”.

Menurut universiti berkenaan, serangga itu tergolong dalam keluarga kepinding lembut. Pelajar kedoktoran Sarah Schroeder, yang turut menghasilkan kertas penyelidikan itu berharap penamaan sempena penyanyi popular itu dapat menarik lebih banyak perhatian terhadap usaha pemuliharaan serangga.

“Sebagai peminat Swift sepanjang hidup saya, rasanya amat bermakna untuk menghormati Taylor dengan cara ini, di samping menarik perhatian terhadap kepelbagaian serangga yang masih belum ditemui,” kata Schroeder dalam satu kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.

Penyelidik berharap penamaan sempena Taylor Swift menarik perhatian kepada pemuliharaan serangga

Keempat-empat spesies baharu itu merupakan haiwan herbivor dan mempunyai kaitan rapat dengan genus tumbuhan Australia, Allocasuarina, menurut universiti berkenaan.

Schroeder berkata penampilan serangga itu juga menjadi antara sebab beliau menamakan haiwan berkenaan sempena Swift. Serangga itu mempunyai struktur berwarna merah jingga pada tubuhnya yang berwarna cerah, menyerupai bunga Allocasuarina.

“Penampilan ikonik Taylor Swift ialah rambut perang dan bibir merahnya. Serangga ini berwarna kuning pucat dengan rona merah di beberapa bahagian,” kata Schroeder. “Dalam kertas penyelidikan itu, saya merujuknya sebagai berambut perang.”

Serangga baharu ini ditemui dalam projek biodiversiti AS dan Australia antara 1995 hingga 2004

Serangga yang baru dikenal pasti itu mengambil masa bertahun-tahun untuk diberikan nama. Ia ditemui antara 1995 dan 2004 sebagai sebahagian daripada projek biodiversiti oleh penyelidik AS dan Australia. Pada ketika itu, pakar mengumpulkan 50,000 spesimen yang perlu diasingkan, dikaji dan dikenal pasti.

Soalan lazim

Apakah nama empat spesies serangga yang dinamakan sempena Taylor Swift?

Dalam genus itu, pakar mengenal pasti empat spesies yang dinamakan sempena penyanyi berkenaan dan albumnya, iaitu Swiftiephylus taylorae, Swiftiephylus amator, Swiftiephylus intrepidus dan Swiftiephylus poetorum.

Nama Latin manakah yang merujuk kepada album Taylor Swift?

Nama berkenaan merupakan versi Latin bagi nama “Taylor” serta album penyanyi itu iaitu “Lover”, “Fearless” dan “Poets”, yang merujuk kepada album “The Tortured Poets Department”.

Mengapa Sarah Schroeder memilih penamaan sempena Taylor Swift?

“Sebagai peminat Swift sepanjang hidup saya, rasanya amat bermakna untuk menghormati Taylor dengan cara ini, di samping menarik perhatian terhadap kepelbagaian serangga yang masih belum ditemui,” kata Schroeder dalam satu kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.

Serangga baharu itu berkait rapat dengan tumbuhan apa?

Keempat-empat spesies baharu itu merupakan haiwan herbivor dan mempunyai kaitan rapat dengan genus tumbuhan Australia, Allocasuarina, menurut universiti berkenaan.

Bilakah serangga itu ditemui dan berapa banyak spesimen dikumpulkan dalam projek berkenaan?

Serangga yang baru dikenal pasti itu mengambil masa bertahun-tahun untuk diberikan nama. Ia ditemui antara 1995 dan 2004 sebagai sebahagian daripada projek biodiversiti oleh penyelidik AS dan Australia. Pada ketika itu, pakar mengumpulkan 50,000 spesimen yang perlu diasingkan, dikaji dan dikenal pasti.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement