Sekilas
- Watak Kak Ju lakonan Rozita Che Wan dan Zakwan oleh Izzue Islam dalam drama Bahagia Yang Tertangguh semakin mencuri perhatian penonton Malaysia.
- Netizen di media sosial meluahkan rasa geram terhadap dua watak toksik ini sehingga ada yang bergurau mahu masuk ke dalam drama untuk ‘setel’ mereka.
- Drama ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan juga boleh distrim di Sooka.
Fenomena Bahagia Yang Tertangguh nampaknya semakin menjadi-jadi.
Penangan watak Kak Ju yang dilakonkan oleh Rozita Che Wan dan Zakwan (Izzue Islam) betul-betul membuatkan penonton Malaysia berasap telinga setiap kali episod baharu ditayangkan.
Malah di media sosial juga, rata-rata netizen tidak henti-henti melepaskan geram terhadap dua karakter tersebut.
Ramai yang meluahkan rasa benci kepada dua watak toksik berkenaan sehingga ada yang bergurau mahu masuk ke dalam drama semata-mata untuk ‘setel’ kan Kak Ju dan Zakwan.
Tidak cukup dengan itu, ada juga penonton yang membayangkan jika mereka berada di tempat Hana lakonan Nad Zainal, drama itu mungkin akan tamat hanya setakat episod pertama sahaja kerana tidak sanggup berdepan sikap suami dan ipar yang memeningkan kepala itu.
Bahagia yang tertangguh dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal, Izzue Islam, Kamal Adli, Rozita Che Wan, Datin Seri Nina Juren, Mimi Erdina, Rosnah Johari, Riz Amin dan Adrean Mateen.
Jangan lupa saksikan Bahagia Yang Tertangguh, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan juga boleh distrim di Sooka.