Sekilas
- Sweet Qismina jelaskan suaminya, Adam Lee, kurus kerana sedang menjalani penurunan berat badan untuk persiapan acara sukan Fight Fury Redemption.
- Adam kini berada dalam keadaan sihat dan mental serta fizikalnya bersedia untuk pertarungan, menafikan dakwaan negatif yang tersebar.
- Adam akan bertarung dengan Alif Muhaimin dalam kategori Lightweight Bout Muay Thai di Arena Sukan, Kuala Lumpur pada 28 Disember ini.
Pelakon Sweet Qismina tampil memberikan penjelasan berhubung perubahan fizikal suaminya, pelakon Adam Lee, selepas timbul pelbagai spekulasi dan komen negatif mengenai penampilan Adam yang dilihat semakin kurus dan cengkung.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Sweet menjelaskan keadaan tersebut berlaku kerana Adam sedang menjalani proses penurunan berat badan secara intensif bagi persiapan menyertai acara sukan tempur, Fight Fury Redemption.
“Suami saya turun berat dari 83kg ke 73kg sebab nak Fight Fury Redemption. Sekarang dia 71kg. Kurus cengkung itu hasil penurunan berat badan dari yang sepatutnya,” katanya.

Sweet turut menegaskan bahawa keadaan kesihatan Adam berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
“Dia sihat. Dia okey. Kami ni kesian tengok dia mentally dan physically bersedia untuk pertarungan, tapi ada pula yang suka-suka buat fitnah bukan-bukan,” luahnya.
Dalam pada itu, Sweet mengakui berasa kecewa dengan sikap sesetengah individu yang mudah membuat andaian tanpa mengetahui situasi sebenar.
“Sakit hati dengan orang yang mengata suami kita yang bukan-bukan. Kalau tak tahu kenapa dia kurus, tolonglah buat research,” katanya lagi.
Sekadar info, Adam akan menentang seorang lagi pelakon dan pempengaruh iaitu Alif Muhaimin bagi kategori Lightweight Bout Muay Thai bertempat di Arena Sukan, Kuala Lumpur pada 28 Disember ini.
Sumber: Threads