Skip to main content

Selebriti

Sally Whoo Akui Tak Mudah Urus Anak Kembar, Sebelum Bersalin Siap Belajar Cara Nak Jaga - “Mula-Mula Tu Panik Juga…”

Sally Whoo anak kembar

Sekilas

  • Sally Whoo mengakui menguruskan anak kembar berusia empat bulan sangat mencabar, terutama bila kedua-duanya menangis atau sakit serentak.
  • Dia bersyukur kerana mempunyai pembantu yang membantu meringankan beban penjagaan anak-anaknya.
  • Sally kini lebih banyak bekerja waktu malam dengan siaran langsung di TikTok, terutama sepanjang bulan puasa selepas tarawih hingga sahur.

Personaliti media sosial Sally Whoo mengakui tidak mudah untuk menguruskan anak kembar yang kini berusia empat bulan.

Bagaimanapun kata Sally dia bersyukur kerana memiliki pembantu untuk membantunya menguruskan anak-anak.

“Sangat mencabar sebab dua sekali. Tapi Alhamdulillah saya ada pembantu yang sama-sama tolong jaga. Dapat kurangkan sikit cabaran itu.

“Cabarannya adalah bila seorang nangis, seorang lagi akan menangis. Kalau sakit, sorang lagi akan sakit, begitu juga kalau menyusu.

“Masa mula-mula tu agak panik juga sebenarnya. Jadi, sebelum bersalin dah siap-siap belajar macam mana nak jaga bayi,” ujarnya.

Sally berkata demikian ketika ditemui pada majlis Asia - All Star Influencers Award Iftar Night yang berlangsung di Studio 38, Kota Damansara pada Sabtu.

Mengulas mengenai kesibukan kerja, Sally berkata dia kini lebih banyak memilih untuk bekerja pada waktu malam menerusi siaran langsung di TikTok.

“Kadang-kadang tidak terbahagi pun masa, sebab kita kena kerja, pergi pejabat dan kita bukan kerja waktu yang tetap.

“Selalunya saya akak ‘live’ pada waktu malam sampai pagi. Untuk bulan puasa ni kita ‘live’ selepas tarawih hingga sahur.

“Selalunya saya akan ada di rumah waktu siang. Malam saya lebih kepada bekerja buat ‘live’ di TikTok. Tapi kena pandai pandai bahagi masa dan sebab itulah ada ‘helper’ yang membantu saya,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Topik Berkaitan

Advertisement