Skip to main content

Hiburan

Salman Khan Kenang Hidup dalam Penjara, Kongsi 1 Tandas dengan Puluhan Banduan

Salman yang terkenal dengan sikapnya yang lantang, berterus terang dan jarang berselindung mengenai kehidupan peribadi membuat pendedahan itu ketika muncul dalam promo terbaharu program realiti Alliance.

Sekilas

  • Salman Khan berkongsi pengalaman menjalani hukuman penjara lebih sedekad lalu, termasuk keadaan tandas yang sangat tidak selesa dan perlu dikongsi dengan 50 hingga 70 banduan lain.
  • Dia pernah dipenjarakan sebanyak empat kali selama kira-kira 18 hari berkaitan kes pemburuan haram pada tahun 1998.
  • Walaupun kontroversi, Salman tetap mempunyai peminat setia dan aktif dalam kerja kebajikan melalui yayasan Being Human serta menjadi pelakon dengan bayaran tertinggi di India.
Advertisement

Pesohor Bollywood, Salman Khan sekali lagi berkongsi secara terbuka mengenai pengalaman menjalani hukuman penjara yang telah dilaluinya lebih sedekad lalu.

Salman yang terkenal dengan sikapnya yang lantang, berterus terang dan jarang berselindung mengenai kehidupan peribadi membuat pendedahan itu ketika muncul dalam promo terbaharu program realiti Alliance.

Advertisement

Dia muncul dalam program tersebut untuk memberi semangat kepada adiknya, Sohail Khan, yang terlibat sebagai salah seorang peserta.

Mengimbau detik berada di sebalik tirai besi, Salman berkata keadaan penjara ketika itu jauh daripada selesa.

Dan hal yang paling membuat dirinya tidak selesa adalah apabila perlu berkongsi satu tandas dengan 50 hingga 70 banduan lain pada satu-satu masa.

"Bertahun-tahun lalu ketika saya dipenjarakan, kami berada di dalam ruang yang kecil dengan jeriji besi.

“Seramai 50 hingga 70 orang ditempatkan bersama dan hanya mempunyai sebuah bilik air dengan tandas cangkung,” dedah Salman seperti dilaporkan Hindustan Times.

Aktor yang terkenal dengan filem Sultan, Bajrangi Bhaijaan dan Maine Pyar Kiya itu kemudian menyambung lagi.

"Ada cicak di mana-mana dan keadaan tandas pula sangat kotor sehingga najis hampir memenuhi ruang itu," katanya sambil menunjukkan paras ketinggian dengan isyarat tangan.

Salman pernah ditahan atau dipenjarakan sebanyak empat kali dengan jumlah keseluruhan kira-kira 18 hari susulan kes pemburuan haram antelop hitam (blackbuck) dan rusa chinkara yang berlaku pada 1998.

Sebelum ini, ketika ditemu bual dalam program On the Couch with Koel pada 2008, aktor tersebut turut mengakui perkara yang paling sukar dihadapi sepanjang berada di penjara adalah keadaan tandas.

"Saya sebenarnya tenang saja. Satu-satunya perkara yang membuatkan saya tertekan ialah tandas. Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara. Jika seseorang mahu memasukkan kita ke penjara, kita masuk saja dengan tenang. Apabila kita tahu kita tidak melakukannya, kita melangkah masuk dengan kepala tegak," katanya.

Di sebalik kontroversi yang pernah melanda dirinya, Salman kekal memiliki kelompok peminat yang besar dan sering dipuji kerana aktif menjalankan kerja kebajikan menerusi yayasan Being Human, selain terus menjadi antara pelakon dengan bayaran tertinggi di India.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement