Skip to main content

Hiburan

Sambut Kepulangan Ardell Aryana, Air Mata Jantan Nadzmi Adhwa Gugur - "Bini Aku Sudah..."

Nadzmi Adhwa

Pelakon, Nadzmi Adhwa gagal menahan air mata selepas menyambut kepulangan isteri, Ardell Aryana yang baru pulang dari misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Nadzmi dilihat sangat teruja sebelum memeluk dan mengucup pipi Ardell dan menghadiahkan sejambak bunga setelah hampir dua bulan tidak bertemu.

Advertisement

"Bini aku sudah balik!"laungnya sambil mendukung dua anaknya.

Nadzmi Adhwa sebelum itu tiba di KLIA bersama dua anaknya dengan menaiki konvoi empat buah bas.

Ketibaan 23 delegasi Malaysia disambut dengan laungan takbir dan 'Free Palestine'

Pada Sabtu lalu, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

Kesemua 23 sukarelawan selamat tiba di KLIA pada pukul 10.13 malam tadi.

Hari ini, seramai 23 delegasi Malaysia misi kemanusiaan GSF selamat tiba di tanah air dari Istanbul, Turki selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.

Kesemua 23 sukarelawan termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi merupakan sebahagian daripada lebih 500 sukarelawan dari beberapa buah negara yang turut berlayar sejak September lalu.

Kapal dinaiki mereka dipintas tentera Israel sebelum dilayan dengan kejam sepanjang menjadi tahanan

Must-Watch Video

Advertisement