Skip to main content

Hiburan

Sambutan Ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical ‘Luar Biasa’, Tiara Jacquelina Lanjutkan Sampai 5 Mei

Astro Gempak 431

Sekilas

  • Sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical menerima sambutan luar jangkaan dengan penyertaan pelakon lama dan bakat baharu yang ramai.
  • Audisi terbuka dilanjutkan sehingga 5 Mei untuk memberi peluang lebih ramai peserta menunjukkan kebolehan mereka.
  • Pengarah Tiara Jacquelina mencari pelakon 'triple threat' yang mampu menyanyi, menari dan berlakon dengan tenaga tinggi untuk pementasan selama tiga jam.

Sesi uji bakat bagi pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) menerima sambutan hangat apabila penyertaan yang diterima disifatkan luar jangkaan.

Pengarah dan Penerbit Eksekutifnya, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata, pihaknya sebelum ini telah mengadakan beberapa sesi audisi tertutup sebelum membuka peluang kepada orang ramai.

“Jadi, kami sebenarnya ada beberapa audisi tertutup sebelum ini dan juga audisi terbuka.

“Dan sambutannya sangat-sangat menggalakkan. Saya sebenarnya berasa sangat teruja kerana ada pelakon daripada musim pertama tahun 2006, mereka datang balik untuk audisi kali ini,” katanya.

Menurutnya, kehadiran semula pelakon lama memberi makna besar kerana seolah-olah kembali ke ‘rumah’ mereka.

“Ia benar-benar membuatkan saya rasa sangat terharu kerana mereka seolah-olah kembali pulang ke Enfiniti semula dan ingin mencuba untuk versi baharu kali ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Tiara turut teruja melihat penyertaan bakat baharu khususnya generasi muda yang membesar dengan naskhah tersebut.

“Tidak kurang juga mereka yang sangat muda, yang mungkin dahulu baru berusia lima atau enam tahun ketika PGL dipentaskan, tetapi sekarang mahu mengalami sendiri apa itu Puteri Gunung Ledang.

“Sangat seronok melihat mereka datang untuk audisi dan mencuba nasib untuk memberi nafas baharu kepada versi ini,” katanya.

Disebabkan sambutan luar biasa, audisi terbuka yang berlangsung turut dilanjutkan sehingga 5 Mei bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta.

“Dalam satu hari kami tidak boleh memuatkan semua orang. Memang tidak boleh nak habiskan kerana ramai sangat di bawah, jadi kami lanjutkan supaya lebih ramai berpeluang,” jelasnya.

Mengulas tahap bakat peserta, Tiara mengakui kualiti yang dipamerkan kali ini jauh berbeza dan menyukarkan panel juri membuat keputusan.

“Selalunya kalau kita buat audisi di Malaysia, tidak ramai yang kita rasa layak. Tetapi kali ini sangat luar biasa sehingga saya rasa susah untuk membuat keputusan.

“Saya sendiri akan berasa sangat sedih untuk mengatakan yang ini ‘ya’ dan yang itu ‘tidak’. Tetapi kami mempunyai pilihan yang hebat untuk watak Hang Tuah, Puteri, Sultan, Gusti Adipati dan Bayan,” katanya.

Tambahnya, antara kriteria utama yang dicari adalah pelakon ‘triple threat’ yang mampu menyanyi, menari dan berlakon dengan baik.

“Faktor X itu adalah tenaga kerana kita berada di atas pentas selama tiga jam setiap malam. Ia adalah ‘roller coaster’ emosi dengan pelbagai perasaan seperti kecewa, marah dan keinginan.

“Untuk mendapatkan pelakon yang lengkap ketiga-tiga seni ini bukan mudah, tetapi alhamdulillah kami menemui banyak pilihan,” katanya.

Dalam pada itu, Tiara turut menasihatkan peserta yang masih belum hadir agar membuat persediaan rapi sebelum menghadiri sesi uji bakat.

“Pastikan anda membaca skrip berkali-kali dan belajar lagu supaya tidak memberikan audisi yang menghampakan.

“Anda hanya mempunyai satu peluang dan kami sangat berbesar hati untuk menerima anda jika benar-benar bagus,” ujarnya.

Terdahulu, Tiara memaklumkan keputusan untuk mementaskan semula karya tersebut bukan sekadar bersempena ulang tahun ke-20, sebaliknya kerana sudah tiba masanya untuk memberi nafas baharu kepada produksi ikonik itu.

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Must-Watch Video

Advertisement