Sekilas
- Bashir Fauzi berkongsi pengalaman memberi tempat duduk tepi tingkapnya kepada seorang warga emas yang pertama kali naik kapal terbang.
- Warga emas itu sangat teruja melihat pemandangan awan dari atas dan berterima kasih sebelum turun dari pesawat.
- Bashir melakukan tindakan itu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, berharap orang lain juga akan berbuat baik kepada warga emas suatu hari nanti.
Seorang individu menyorot perhatian netizen selepas berkongsi pengalamannya menaiki kapal terbang bersama seorang warga emas.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Bashir Fauzi berkongsi dia melepaskan tempat duduk tepi tingkap yang telah ditempah kahs untuk dirinya bagi memberi ruang kepada seorang pak cik yang pertama kali menaiki pesawat.
“Booked the window seat for myself, but gave it to a pakcik sebab itu first time dia naik flight.
“Dari takeoff sampai landing, dia tak berhenti tengok luar tingkap. Before turun dia cakap, terima kasih nak pakcik dapat tengok awan dari atas, lepas ni tak tahu sempat naik flight lagi ke tak,” kongsinya.
Tambah Bashir, meskipun melepaskan tempat duduk tersebut ia menjadikan satu momen yang sangat bermakna dalam hidupnya.
“Suddenly, window seat tu rasa jauh lebih bermakna. Some views mean more to others,” tulisnya lagi.
Dalam masa sama, Bashir menjelaskan tindakannya itu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Tak mintak balasan apa pun, cuma harap kalau suatu hari nanti parents kita dekat luar sana, akan ada orang lain yang layan mereka dengan baik juga nanti,” katanya.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai netizen yang rata-rata memuji sikap prihatin dan empati ditunjukkan Bashir terhadap warga emas berkenaan.