Skip to main content

Hiburan

Sarapan Pilihan Rakyat Malaysia! F&N Pagi ZAYAN Belanja 150 Set Roti Canai & Teh Tarik

Sarapan Pilihan Rakyat Malaysia! F&N Pagi ZAYAN Belanja 150 Set Roti Canai & Teh Tarik

Sekilas

  • F&N Pagi ZAYAN bersama Faisal Ismail dan Nana Mahzan mengedarkan 150 set roti canai dan teh tarik percuma di Selera Pandan Haris Corner sebagai sambutan kepada pilihan sarapan rakyat Malaysia.
  • Inisiatif ini berdasarkan maklum balas pendengar yang menunjukkan roti canai dan teh tarik sebagai menu sarapan kegemaran yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.
  • Program ini juga menonjolkan komitmen ZAYAN dan F&N untuk mendekati komuniti melalui aktiviti interaktif dan kandungan yang relevan, sambil menghargai sokongan pendengar setia.
Advertisement

F&N Pagi ZAYAN yang dikendalikan oleh pasangan penyampai terkenal, Faisal Ismail dan Nana Mahzan, turun padang pada Jumaat untuk meraikan rakyat Malaysia menerusi pemberian 150 set roti canai dan teh tarik secara percuma di Selera Pandan Haris Corner.

Inisiatif tersebut tercetus susulan topik perbincangan dalam segmen F&N Pagi ZAYAN yang mengupas mengenai “Sarapan Pagi Pilihan Rakyat Malaysia”.

Advertisement

Berdasarkan respons yang diterima daripada pendengar menerusi panggilan telefon, mesej serta interaksi di platform digital ZAYAN, roti canai dan teh tarik terus menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia untuk memulakan hari.

Bagi meraikan pilihan tersebut, F&N bersama Faisal Ismail atau lebih mesra disapa FBI dan Nana Mahzan mengambil pendekatan untuk membawa perbualan di udara ke dunia sebenar dengan berkongsi 150 set sarapan percuma kepada orang ramai yang hadir di lokasi.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan pendengar setia ZAYAN yang hadir seawal pagi untuk menikmati sarapan bersama.

Menurut Pengurus Saluran ZAYAN, Zureen Affendi, pemilihan roti canai dan teh tarik bukan sekadar menggambarkan cita rasa masyarakat, malah memperlihatkan bagaimana makanan mampu menjadi medium yang menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Di ZAYAN, kami sentiasa percaya bahawa kandungan terbaik adalah kandungan yang dekat dengan kehidupan masyarakat. Apabila topik mengenai sarapan pilihan rakyat Malaysia dibincangkan dalam F&N Pagi ZAYAN, kami teruja melihat sambutan yang begitu positif daripada pendengar.

“Menariknya, walaupun negara kita kaya dengan pelbagai pilihan makanan, majoriti masih memilih roti canai dan teh tarik sebagai menu kegemaran untuk memulakan hari,” katanya.

Tambah Zureen, pilihan tersebut turut mencerminkan identiti unik rakyat Malaysia kerana roti canai dan teh tarik bukan sekadar makanan dan minuman, sebaliknya sudah sebati dengan budaya serta rutin harian masyarakat.

“Tidak kira usia, bangsa atau latar belakang, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai kenangan dan pengalaman tersendiri yang berkait rapat dengan hidangan ini.

“Justeru, kami merasakan cara terbaik untuk meraikan suara pendengar adalah dengan membawa perbualan di udara ke dunia sebenar,” ujarnya.

Menurutnya, kerjasama bersama F&N itu turut menjadi tanda penghargaan kepada pendengar yang terus memberikan sokongan kepada ZAYAN dan F&N Pagi ZAYAN.

“Kami amat menghargai sokongan berterusan para pendengar yang sentiasa menjadikan ZAYAN sebagai teman sepanjang hari.

“Sambutan yang diterima pada pagi ini membuktikan bahawa perkara-perkara yang sederhana seperti menikmati sarapan bersama masih mampu menyatukan masyarakat dan mencipta momen yang istimewa.

“Kami berharap dapat terus membawakan lebih banyak aktiviti lapangan yang memberi manfaat dan mendekatkan kami dengan komuniti pada masa akan datang,” katanya.

Aktiviti berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ZAYAN dan F&N untuk mendekati masyarakat menerusi kandungan yang relevan, interaktif dan berteraskan nilai kebersamaan.

Selain menghiburkan, program sebegini turut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam menghargai sokongan pendengar yang sentiasa setia mengikuti perkembangan F&N Pagi ZAYAN.

ZAYAN merupakan salah satu daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio. Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, ZAYAN memberi fokus kepada lagu-lagu nasyid dan ketuhanan, sekali gus menjadikannya antara stesen radio nasyid pilihan rakyat Malaysia.

Dengan lebih satu juta pengikut di media sosial, ZAYAN terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama muzik dan destinasi nasyid pilihan ramai.

Selain mendengar menerusi frekuensi radio, orang ramai boleh mengikuti perkembangan ZAYAN menerusi platform media sosial rasminya atau memuat turun aplikasi ZAYAN melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement