Skip to main content

Hiburan

Sasar Jutaan 'Strim', ALPHA Harap ‘Haru Biru’ Terpilih Jadi OST - “Kita Melihat Potensi…”

Sasar Jutaan 'Strim', ALPHA Harap ‘Haru Biru’ Terpilih Jadi OST - “Kita Melihat Potensi…”

Sekilas

  • Kumpulan M-pop ALPHA terharu dengan sambutan positif lagu terbaru mereka, Haru Biru, yang kini mencatat lebih 500,000 strim di platform digital.
  • ALPHA berharap lagu ini dapat dijadikan OST untuk meningkatkan lagi populariti dan sasaran mereka adalah mencapai lebih satu juta strim.
  • Selain Haru Biru, mereka juga mengajak peminat untuk terus menyokong lagu-lagu lain dalam album sulung mereka, The First Wave.
Advertisement

Kumpulan M-pop, ALPHA mengakui terharu melihat sambutan positif yang diberikan daripada peminat menerusi lagu terbaharu mereka yang berjudul Haru Biru yang kini mencatat lebih 500,000 strim di platform penstriman.

Menurut salah seorang anggota ALPHA, Rizal, pencapaian tersebut membuktikan lagu berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar, khususnya menerusi platform digital dan media sosial.

Advertisement

“Untuk Haru Biru, alhamdulillah kita sudah mencapai strim lebih 500,000. Sambutan Haru Biru ini sangatlah memberangsangkan di media sosial, lebih-lebih lagi di platform penstriman sebab kita boleh nampak jumlahnya makin hari makin naik.

“Kita meletakkan harapan pada lagu ini kerana kita melihat potensi pada lagu ini seperti lagu P. Ramlee dan Saloma. Jika lagu ini diberi peluang untuk dijadikan OST, ia akan menaikkan lagi sambutan untuk lagu ini,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Rizal berkata strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak mereka turut membantu meningkatkan lagi perhatian terhadap Haru Biru.

Justeru, ALPHA berharap momentum positif yang sedang dikecapi ketika ini dapat dikekalkan sekali gus membantu mereka mencapai sasaran lebih satu juta strim.

Sementara itu, seorang lagi anggota ALPHA, Ariel turut menzahirkan penghargaan kepada para pendengar yang terus memberikan sokongan terhadap Haru Biru.

Namun, dalam masa sama, dia berharap peminat tidak melupakan lagu-lagu lain yang terkandung dalam album sulung mereka, The First Wave.

“Walaupun kita dalam fasa mempromosikan Haru Biru, terima kasih kepada pendengar yang menaikkan lagi lagu tersebut.

“Tapi saya harap jangan lupa untuk sokong juga lagu-lagu lain dalam album The First Wave di Spotify dan sama-sama kita naikkan strim semua lagu sampai capai juta-juta,” tambah Ariel.

Sekadar info, Haru Biru merupakan salah sebuah lagu dalam album The First Wave yang memuatkan lebih 12 lagu antaranya Gelato, Dia, Gerak, Mahkota Cinta dan Tiada Pengganti

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement