Skip to main content

Hiburan

Satu Studio Berdekah Bila Maskot Didi & Friends ‘Kempis’ - “Dia Lemah Nampak Kak Lina”

MeleTOP

Sekilas

  • Studio MeleTOP kecoh apabila maskot karakter Didi tiba-tiba kempis ketika promosi drama Jutawan Ekspres 2 berlangsung.
  • Nabil, Hawa dan para pelakon seperti Elly Mazlein serta Rashidi Ishak segera membantu memperbetulkan maskot tersebut sambil menenangkan suasana.
  • Penonton dan netizen terhibur dengan kejadian itu, memuji kerjasama semua pihak yang pantas menutup insiden tersebut dengan gelak tawa.
Advertisement

Studio bagi program MeleTOP yang dikendalikan duo pengacara, Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana gamat selepas maskot bagi karakter Didi kekurangan angin dan kempis secara tiba-tiba.

Menerusi perkongsian video di TikTok, dapat dilihat momen kelakar itu terjadi sewaktu karakter kartun tersebut masuk ketika sama-sama mempromosikan drama baharu keluaran Astro yang bertajuk Jutawan Ekspres 2.

Advertisement

Sedang Nabil dan Hawa beserta para pelakom seperti Elly Mazlein, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak dan Rashidi Ishak berbual, secara tiba-tiba maskot bagi karakter Didi kekurangan angin.

Momen tersebut telah membuatkan pengacara dan tetamu panik sebelum mereka membantu memperbetulkan maskot tersebut.

Momen itu juga membuatkan satu studio gamat apabila penonton yang hadir tidak tahan ketawa melihat kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur sambil berseloroh mengatakan maskot tersebut kekurangan angin kerana terpersona dengan kehadiran Elly Mazlein.

Malah warganet turut memuji tindakan pantas pengacara dan tetamu yang membantu individu di dalam maskot tersebut untuk berselindung di belakang mereka.

“Maaf semua, Didi lemah nampak Kak Lina (Elly Mazlein).

“Penat sangat kerja tu Didi.

“Bila semua veteran di situ, the know what to do.

“Bagus semua kerjasama untuk cover,” komen netizen.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement