Skip to main content

Hiburan

“Saya Bukan Ibu Saya…” - Mila Mohsin Janji Beri Yang Terbaik Sebagai Puteri Gunung Ledang

Mila Mohsin

Sekilas

  • Mila Mohsin teruja diberi peluang menggalas watak Gusti Puteri dalam pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical pada Oktober 2026.
  • Dia mahu mempersembahkan versi sendiri watak ikonik itu tanpa menggantikan legasi ibunya, Puan Seri Tiara Jacquelina.
  • Beberapa pelakon lain seperti Mimy Fly, Nadia Aqilah, dan Aqasha turut diumumkan, dengan tiket dijual mulai 18 Ogos nanti.
Advertisement

Pelakon Mila Mohsin meluahkan rasa teruja apabila diberi kepercayaan untuk menggalas watak Gusti Puteri dalam pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical.


 

Advertisement

Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin, 29, berkata dia enggan terlalu banyak berjanji, sebaliknya mahu membuktikan kemampuannya menerusi persembahan di pentas.


 

"Bagi saya, apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik. Saya akan sentiasa buat yang terbaik. Bagi saya, memang mudah untuk berjanji, tapi saya takkan kecewakan sesiapa.


 

"Itu janji saya," katanya kepada Gempak ketika ditemui selepas program MeleTOP pada Selasa.


 

Anak kepada Puan Seri Tiara Jacquelina itu turut berharap penonton dapat menerima interpretasi baharunya terhadap watak ikonik berkenaan.


 

Menurut Mila, dia tidak pernah berniat untuk menggantikan legasi ibunya, sebaliknya ingin mempersembahkan versinya sendiri sebagai Gusti Puteri.


 

"Saya harap semua orang mempunyai hati dan minda terbuka, dan menerima cara saya dan versi Puteri saya.


 

"Saya bukan ibu saya. Saya tidak akan pernah menjadi beliau. Tiada siapa yang dapat menggantikannya. Versi beliau itu ikonik... satu legenda.


 

"Saya bukan nak gantikan beliau, tapi saya akan persembahkan versi yang berbeza," ujarnya.


 

Terdahulu, beberapa lagi pelakon yang bakal menjayakan Puteri Gunung Ledang The Musical turut diumumkan, antaranya Mimy Fly, Nadia Aqilah, Luqman Hafidz, Yusuf Hashim dan Aisha Retno yang juga Gusti Puteri, manakala Aqasha pula menggalas watak Hang Tuah.


 

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical yang diterajui Penerbit Eksekutif dan Pengarah, Puan Seri Tiara Jacquelina, dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026 dan tiket akan mula dijual pada 18 Ogos depan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement