Skip to main content

Hiburan

“Saya Hanya Buat Yang Terbaik…Masih Lagi Lesu…” – Zizan Razak

“Saya Hanya Buat Yang Terbaik…Masih Lagi Lesu…” – Zizan Razak

Sekilas

  • Zizan Razak masih berasa sedikit lesu selepas pulih daripada Covid-19 namun terus memberikan yang terbaik dalam program Borneo Rising.
  • Pelawak dan pengacara itu memohon doa agar cepat sembuh kerana mempunyai banyak komitmen kerja yang perlu diselesaikan.
  • Zizan juga membintangi filem TERBANG yang akan ditayangkan di pawagam mulai 17 September ini.
Advertisement

Pelawak dan pengacara Zizan Razak mengakui masih berasa sedikit lesu selepas pulih daripada Covid-19 ketika mengendalikan program Borneo Rising.

Bagaimanapun, Zizan berkata, keadaan tersebut tidak menghalangnya untuk memberikan yang terbaik selepas selesai mengendalikan minggu kedua program berkenaan.

“Alhamdulillah selesai minggu kedua Borneo Rising. Saya hanya buat yang terbaik.

“Tapi masih lagi sedikit lesu kesan demam. Jumpa minggu depan,” katanya menerusi Threads.

Sebelum ini, Zizan memaklumkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian di sebuah klinik selain mengalami beberapa simptom termasuk sakit badan dan ketidakselesaan pada bahagian dada.

Dalam perkongsian sama, dia turut memohon doa agar segera sembuh memandangkan mempunyai banyak komitmen kerja yang perlu diselesaikan.

Menerusi perkembangan lain, Zizan turut membintangi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan dan Nam Ron itu bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September ini.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

Must Watch Video

Advertisement