Skip to main content

Hiburan

“Saya Harap Perkara Macam Ini Tak Berlaku Lagi…” – Irfan Zaini

“Saya Harap Perkara Macam Ini Tak Berlaku Lagi…” – Irfan Zaini

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini berkongsi pengalaman peminatnya diserang sehingga berdarah selepas bergambar dengannya semasa promosi filem Blood Brothers.
  • Irfan menjelaskan pengawal keselamatan terpaksa mengehadkan interaksi kerana jumlah peminat yang sangat ramai pada waktu itu.
  • Irfan menghubungi peminat terbabit yang telah membuat laporan polis dan menasihatkan semua supaya mengutamakan keselamatan diri.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini berkongsi pengalaman mengejutkan apabila seorang peminatnya didakwa diserang sehingga berdarah selepas bergambar dengannya suatu ketika dahulu.

Menurut Irfan, insiden tersebut berlaku ketika sambutan terhadap filem Blood Brothers begitu hangat sehingga dia perlu melayan jumlah peminat yang sangat ramai dalam satu-satu masa.

Advertisement

“Saya harap perkara macam ini tak pernah berlaku lagi. Memang menyedihkan apabila saya tengok perkara itu berlaku.

“Saya faham anda semua sayangkan kami dan saya sangat menghargainya. Waktu Blood Brothers memang ‘insane’, saya boleh jumpa sekurang-kurangnya seribu orang dalam sehari dan saya cuba untuk tidak pernah menolak,” katanya.

Bagaimanapun, Irfan berkata, pengawal keselamatan kadangkala terpaksa mengehadkan interaksi kerana kekangan masa.

Advertisement

Irfan berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson.

Mengimbas kejadian tersebut, aktor itu mendakwa seorang peminat wanita yang sempat bergambar dengannya kemudiannya didatangi individu lain yang meminta foto tersebut dipadam.

“Dia pergi ke tandas kemudian ada seseorang cakap, ‘Awak kena padam gambar dengan Malik saya.’

“Peminat itu tak mahu padam, kemudian berlaku pertengkaran dan berdasarkan apa yang saya diberitahu, dia dipukul sampai berdarah.

“Saya masa itu fikir, macam mana benda macam ini boleh berlaku?” ujarnya.

Irfan hanya mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas peminat terbabit menandainya dalam satu hantaran media sosial yang memaparkan kesan kecederaan.

“Saya cuba balas sebanyak mungkin permintaan dan ‘story’ peminat. Bila nampak satu hantaran ada darah, pada mulanya saya ingat babak filem.

“Bila saya buka, dia tulis keseluruhan cerita. Saya terus kongsikan semula dan minta orang jangan buat perkara seperti itu,” jelasnya.

Bimbang insiden sama berulang, Irfan kemudian menghubungi peminat berkenaan untuk bertanyakan keadaannya dan dimaklumkan laporan polis telah dibuat.

“Saya hubungi dia dan tanya sama ada dia okey. Dia cakap dia sudah buat laporan polis.

“Saya minta maaf bagi pihak sesiapa yang melakukan perkara itu. Saya cuma nak pesan, bukan untuk peminat saya saja tetapi sesiapa pun, jangan letakkan diri dalam situasi macam itu. Keselamatan kena jadi keutamaan,” katanya.

Tambah Irfan, kejadian tersebut menjadi antara pengalaman paling buruk pernah dilaluinya sebagai selebriti sehingga membuatkannya lebih risau mengenai keselamatan peminat.

Menerusi perkembangan lain, Irfan kini tampil menerusi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem yang turut dibintangi Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon dan Diana Danielle itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

Sumber: Youtube

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement