Skip to main content

Hiburan

“Saya Ibu Tunggal Yang Bekerja…” - Fazura Sebak Mohon Orang Ramai Hormati Kehidupannya

Fazura

Sekilas

  • Nur Fazura berharap dapat membesarkan puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, dalam suasana tenang tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
  • Fazura menegaskan dia tidak mahu simpati sebagai ibu tunggal bekerja, sebaliknya hanya memohon ruang untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anaknya dengan baik.
  • Dia juga mengesahkan hubungan baik dengan bekas suami, Fattah Amin, dan mereka fokus kepada proses co-parenting demi kebaikan Fatima.
Advertisement

Pelakon Nur Fazura berharap dapat membesarkan puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, dalam keadaan mental yang sihat serta suasana yang tenang tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

 

Advertisement

Fazura menegaskan dia tidak berniat meraih simpati sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja sebaliknya, hanya memohon agar diberikan ruang untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anaknya dengan sebaik mungkin.

 

“Minta kepada anda semua, tolong, saya adalah ibu tunggal yang bekerja, saya harap nak membesarkan anak saya dengan mental yang baik, dengan tenang. Tolong jangan ganggu saya lagi. 

 

“Tolong berhenti sekarang. Sebab saya seorang ibu tunggal. Bukan saya nak minta simpati, ramai yang ibu tunggal di luar sana. Tapi saya mohon kepada semua, cukuplah. 

 

“Saya dah lalui banyak selama dua tahun ni. Dan Alhamdulillah, saya bersyukur Allah berikan saya kekuatan luar biasa,” katanya dalam sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini. 

 

Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, peminat dan terutama anak perempuannya yang menjadi sumber kekuatan untuk terus bangkit. 

 

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini berkata, dia dan Fatima akan terus melangkah bersama dalam mengharungi apa jua cabaran yang mendatang.

 

“Dan no matter what, from now on, saya dan Fatima akan sentiasa berdua untuk menghadapi semuanya. So, saya mohon kepada semua, cukuplah. Jangan ganggu saya lagi. 

 

“Minta anda semua biar saya membesarkan Fatima dengan sebaik-baiknya, dengan tenang, dengan harmoni,” ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Fazura pada masa sama mengingatkan orang ramai agar menerima hakikat bahawa jodohnya bersama bekas suami, Fattah Amin, telah berakhir dan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.

 

“Dan ingatlah bahawa jodoh, ajal maut semua Allah tentukan. Harap peminat-peminat saya dan juga peminat-peminat Fattah yang dulu, terimalah bahawasanya dah tak ada jodoh antara kita, kan? 

 

“Dan Fatima pun ada keluarga sendiri, saya pun dah ada, orang kata hidup saya sendiri. Dan saya perlu bekerja, dan saya perlu membesarkan Fatima sebaik-baiknya,” katanya. 

 

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Kisah Terbaik itu turut menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik dan mereka kini hanya memberi fokus kepada urusan membesarkan Fatima menerusi proses co-parenting.

 

“So, di sini saya nak terangkan kepada semua, we are okay, we are okay. So, fokus kami hanyalah kami bertiga. Ya? Faz, Daddy Fatima, dan Fatima. Hanya kami bertiga. Tidak ada orang lain lagi,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Must Watch Video

Advertisement