Skip to main content

Hiburan

“Saya Mahu Bersama Seorang Yang Yakin Hubungan Itu Akan…” - Amelia Henderson

“Saya Mahu Bersama Seorang Yang Yakin Hubungan Itu Akan…” - Amelia Henderson

Sekilas

  • Amelia Henderson masih percaya kepada institusi perkahwinan dan berharap bertemu pasangan yang benar-benar memahami dirinya.
  • Pengalaman perkahwinan terdahulu mengajarnya bahawa keserasian dan saling memahami adalah asas penting dalam hubungan.
  • Amelia sanggup mengambil masa lama untuk mengenali seseorang sebelum membina hubungan yang kukuh dan mengelak rasa sunyi dalam perkahwinan.
Advertisement

Pelakon dan pengacara Amelia Henderson mengakui pengalaman melalui alam rumah tangga sebelum ini tidak pernah memadamkan impiannya untuk kembali mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

Menurut Amelia, dia masih percaya kepada institusi perkahwinan dan berharap dipertemukan dengan seorang pasangan yang benar-benar memahami dirinya.

Advertisement

“Ya, 100 peratus. Saya rasa saya masih lagi seorang gadis yang mempunyai impian.

“Dalam dunia yang ideal, ia seperti mimpi menjadi kenyataan apabila dapat mencari pasangan yang benar-benar cintakan awak, memahami awak dan sentiasa ada untuk awak,” katanya.

Amelia berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Sembang Dalam Kereta kendalian Khairy Jamaluddin.

Tambah pelakon berusia 30 tahun itu, memiliki seseorang yang memahami diri sepenuhnya menjadi perkara yang sangat didambakan, lebih-lebih lagi apabila bergelar anak seni yang sering berdepan pelbagai persepsi masyarakat.

“Bekerja dalam industri yang sentiasa menjadi perhatian umum kadangkala sangat mencabar.

“Namun apabila pulang ke rumah, awak tahu ada seorang yang benar-benar mengenali diri awak lebih daripada orang lain. Saya masih sangat percaya kepada perkara itu dan masih menginginkannya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Amelia mengakui pengalaman perkahwinan terdahulu mengajarnya bahawa keserasian dan saling memahami adalah asas paling penting dalam sesebuah hubungan.

“Saya sedar tiada apa yang lebih mencabar daripada berada dalam perkahwinan dengan seseorang yang sedang mencuba sedaya upaya, tetapi tetap tidak dapat memahami awak sepenuhnya.

“Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada itu,” katanya.

Jelasnya, dia enggan terburu-buru sekiranya dipertemukan dengan seseorang pada masa depan kerana mahu memastikan hubungan yang dibina benar-benar kukuh.

“Saya tidak kisah mengambil masa bertahun-tahun untuk melihat tingkah laku seseorang supaya saya benar-benar mengenali dan memahaminya, begitu juga dia memahami saya.

“Kalau ada perkahwinan dalam masa depan saya, saya mahu bersama seseorang yang saya yakin hubungan itu akan berkekalan dan saya tidak perlu lagi berasa sunyi dalam sebuah perkahwinan.

“Pada saya, tiada apa yang lebih buruk daripada berasa sunyi ketika sudah berkahwin,” katanya.

Sumber: Youtube

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement