Sekilas
- Datuk Seri Vida berdoa agar pasangan kekasihnya, Datuk Fazley Yaakob, dilindungi daripada godaan individu dikenali sebagai ‘SY’ menerusi hantaran di Threads.
- Hantaran tersebut menarik perhatian netizen yang terhibur dan memberikan pelbagai reaksi lucu di ruangan komen.
- Netizen memuji keupayaan DSV untuk kekal up-to-date dengan isu semasa dan menganggap doa tersebut sangat spesifik dan menghiburkan.
Hantaran usahawan sensasi, Datuk Seri Vida berdoa agar pasangan kekasihnya, Datuk Fazley Yaakob dilindungi daripada seseorang berjaya menarik perhatian netizen.
Menerusi hantaran di Threads, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memohon agar Fazley tidak digoda oleh individu yang dikenali sebagai ‘SY’.
“Semoga Abe (Dida) dilindungi dari SY,” tulis DSV.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan hantaran yang dibuat oleh DSV itu seolah-olah memahami apa yang sedang dikatakan.
“Siapa SY?
“Hanyooooo Vida daleee hati ~ Dida janjiii.
“Hahahahhaha wehhh dato vida uptodate issue semasa.
“Dato !!!! Behave datoooo 🤣🤣🤣.
“Hahaha..lucu la Dato ni..specific doa Dato.
“Of all the threads, this one win. 🤣 just next level,” komen netizen.
Sumber: Threads