Skip to main content

Selebriti

T-Shirt Wajah Awie Jadi Perhatian, Amir Masdi Dedah Rupanya Hasil Lukisan Joey Daud - “Fully Custom Made…”

T-Shirt Wajah Awie Jadi Perhatian, Amir Masdi Dedah Rupanya Hasil Lukisan Joey Daud - “Fully Custom Made…”

Sekilas

  • Amir Masdi mencuri perhatian di Konsert Awie Rock King dengan memakai T-shirt putih bergambar potret Datuk Awie yang direka khas untuk konsert tersebut.
  • T-shirt itu dilukis oleh pelawak Joey Daud dan ditandatangani oleh semua pemuzik serta artis yang terlibat sebagai tanda kenang-kenangan.
  • Amir turut membawakan lagu Gemuruh sebagai tribute kepada Search, menggabungkan generasi lama dan baru dalam satu persembahan bersama Awie.
Advertisement

Penampilan penyanyi, Amir Masdi ketika membuat persembahan di Konsert Awie Rock King - Last Man Standing 2026 di Stadium Merdeka baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Lebih-lebih lagi apabila Amir mengenakan T-shirt putih yang menampilkan potret lukisan wajah penyanyi legenda, Datuk Awie.

Advertisement

Menerusi perkongsian di platform Threads, Amir memaklumkan bahawa baju berkenaan merupakan rekaan khas yang dibuat sempena konsert tersebut.

Istimewanya lagi, T-shirt itu dilukis oleh pelawak dan pelakon, Joey Daud selain turut ditandatangani oleh semua pemuzik serta artis yang terlibat dalam konsert berkenaan sebagai tanda kenang-kenangan.

“Kepada yang tanya baju dapat mana, fully custom made, dilukis oleh abang @joey_daud dan di sign oleh semua musicians dan artist yang terlibat dengan konsert ini sebagai tanda kenangan.

“Bukan senang nak dapat berkumpul di satu tempat sama dengan semua lagenda lagenda tanah air kita.

“Terima kasih abang abang dan kakak kakak saya, you guys are the best of the best,” coretnya.

Terdahulu, Amir yang merupakan artis jemputan konsert berkenaan telah membawakan lagu Gemuruh sebagai tribute kepada Search, generasi lama dan baharu bertemu dalam satu ruang bersama Awie.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement