Skip to main content

Hiburan

“Saya Mohon Ampun & Maaf” - Shila Amzah

“Saya Mohon Ampun & Maaf” - Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah memohon maaf atas masalah teknikal dan pengurusan tiket yang berlaku semasa konsert 'Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama' di Arena of Stars, Resorts World Genting.
  • Antara isu yang dihadapi termasuk kualiti bunyi yang kurang memuaskan, paparan lirik pada skrin LED yang tidak disediakan, serta pertindihan tempahan tempat duduk.
  • Shila dan pasukannya berusaha sebaik mungkin di belakang tabir, namun kekurangan tersebut tetap berlaku dan beliau memohon maaf kepada peminat yang kecewa.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah tampil memohon maaf secara terbuka kepada peminat susulan beberapa kekurangan termasuk masalah teknikal serta pengurusan tiket yang berlaku pada konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama, semalam.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengakui terdapat beberapa masalah sebelum dan sepanjang konsert termasuk kualiti sistem bunyi serta paparan lirik pada skrin LED.

“Assalamualaikum semua. Buat yang menghadapi masalah sebelum bermulanya konsert semalam, buat bunyi yang kurang memuaskan dan LED belakang yang tidak disediakan lirik, saya mohon ampun dan maaf kerana terpaksa melalui pengalaman tersebut.

“Sesungguhnya saya dan pasukan sudah berhempas pulas melakukan apa yang kami mampu di belakang tabir.

“Apa yang diterjemahkan di atas pentas adalah di luar bidang kuasa kami,” katanya.

Menurut Shila, setiap kali mengadakan persembahan, dia dan pasukan sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada peminat.

“Setiap konsert kami mahu berikan sehabis baik. Namun sejujurnya terlalu banyak yang tidak dapat dicoretkan.

“Oleh itu, saya nak minta maaf sangat-sangat atas apa sahaja kekurangan yang kalian rasakan,” ujarnya.

fvgb


Terdahulu, beberapa pembeli tiket meluahkan rasa kecewa dalam media sosial berhubung pengalaman mereka menghadiri konsert berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah berkaitan pengurusan tempat duduk apabila seorang penonton mendakwa berlaku pertindihan tempahan tiket sehingga tempat duduk asalnya terpaksa dipindahkan ke barisan lebih belakang.

Untuk rekod, Shila baru sahaja selesai mengadakan konsert solo Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama yang berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting, semalam.

Konsert tersebut diadakan bersempena perjalanan 25 tahun Shila dalam industri muzik tanah air.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement