Skip to main content

Artis Tempatan

“Saya Nak Bina Suasana Positif, Kalau Dia Baca… Bacalah” - Kamal Adli

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli menolak gelaran 'bekas suami greenflag' selepas ucapan hari lahir buat bekas isteri, Uqasha Senrose, mendapat perhatian ramai.
  • Beliau menegaskan hubungan mereka baik demi anak mereka, Hawra Uqaira, dan tiada niat meraih simpati atau menimbulkan isu.
  • Kamal berharap perkongsiannya dapat memberi mesej positif supaya orang ramai tidak memperbesarkan konflik selepas perceraian mereka.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli menolak gelaran bekas suami ‘greenflag’ yang diberikan netizen selepas tindakannya menitipkan ucapan hari lahir buat bekas isteri, Uqasha Senrose, menjadi perhatian ramai.

Menurut Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia menganggap perkara itu sebagai satu perkara normal yang turut dilakukan mana-mana individu di luar sana.

Advertisement

“Tak adalah (bekas suami greenflag), saya rasa ramai saja buat orang buat.

“Tapi bila saya buat, itu fasal ramai orang bagi perhatian kepada saya dan penulisan saya dalam Threads.

“Macam mana nak cakap, kami tak ada isu atau tiada sebab untuk bergaduh dan benci,” katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pelakon drama Dia Imamku itu menegaskan hantaran yang dimuat naik bukanlah bertujuan untuk meraih simpati mana-mana pihak.

Sebaliknya, dia hanya mahu menunjukkan bahawa hubungan mereka kekal baik demi anak sulung mereka, Hawra Uqaira.

“Kalau saya buat ucapan hari lahir atau apa benda memang saya akan selit nama Uqasha sebab saya rasa nak tulis benda itu.

“Bukan saya rasa nak simpati orang, tak. Saya rasa macam itu sebab dia mak kepada anak saya dan saya nak beritahu juga kami tiada apa-apa isu,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Kamal berharap perkongsiannya dapat memberi mesej positif kepada orang ramai agar tidak terus memperbesarkan konflik atau memilih untuk menyebelahi mana-mana pihak selepas perceraian mereka.

“Kalau dia baca, bacalah. Saya buat macam itu kadang-kadang nak ajak netizen semua untuk tulis ucapan sekali.

“Saya nak bina suasana positif sebab sebelum ini semua orang nampak kami punya isu terlalu berat dan sampai ada yang menyebelahi pihak ini atau itu.

“Saya tak nak benda itu. Saya nak neutral saja, semua orang gembira,” jelasnya.

Terdahulu, Kamal mencuri perhatian apabila memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran Uqasha yang ke-33 sambil mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya itu, awal Julai lalu.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu atas alasan tiada persefahaman selepas mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia setahun lapan bulan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement